Tag: Jerantut
-
Enam anggota polis direman bantu siasatan kes rasuah RM5,000
ENAM anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut direman sehingga 11 Mei ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah berjumlah RM5,000. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Temerloh, Mohamed Shah Reza Noor Azman. Menurut kenyataan itu kesemua mereka…
-
Imam minta maaf tak angkat takbir, solat sunat Aidilfitri diulang semula
GARA-GARA imam terkhilaf tidak mengangkat lima kali takbir di rakaat kedua, solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ), di sini terpaksa diulang semula. Harian Metro melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 8.45 pagi ini dengan 3,000 jemaah hadir di masjid berkenaan untuk bersolat. Sejurus memberi salam, imam terbabit terus mengakui kekhilafannya dan…
-
Penunggang motosikal maut bertembung kereta masuk laluan bertentangan
SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan di KM 17, Jalan Jerantut- Benta berdekatan Kampung Som, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi,ketika mangsa berusia 25 tahun yang membonceng isterinya dalam perjalanan dari Damak ke…
-
Tuan Ibrahim bakal bertanding di Parlimen Jerantut hanya khabar angin – Saifuddin
DESAS-desus Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal bertanding sebagai calon Parlimen di Jerantut, Pahang adalah satu mainan politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tidak lama lagi. Pengerusi Perikatan Nasional Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, khabar angin begitu memang satu kebiasaan di mana-mana PRU, sebelum ini. Tambah Saifuddin, seorang ahli parti akan menuruti…
-
Pesara tembak diri sendiri selepas tembak isteri di Jerantut
SEORANG pesara Pejabat Perhutanan Jerantut ditemukan maut apabila menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri selepas bertengkar berhubung agihan hasil jualan tanah di Kampung Machang Raja Labu, Jerantut, hari ini. Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Mazlan Hassan, berkata isteri pesara berusia 67 tahun itu ditemukan oleh jiran yang mendengar dua das tembakan disusuli jeritan meminta tolong…
-
Pengorbanan sepanjang hayat, ibu derma buah pinggang
KASIH sayang seorang ibu tiada ganti dan rela berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak sehingga sanggup memberi sebelah buah pinggang sendiri. Itu yang dilakukan oleh Hamiza Abdul Hamid, 48 dari Taman Muhibbah, Jerantut Pahang, bagi menyelamatkan anak sulungnya, Nor Zulaika Roslan, 23 yang menghadapi masalah buah pinggang mengecut tahap lima. Demi memungkinkan anak sulungnya itu…
-
Enam sungai di Pahang melepasi paras bahaya
PARAS air di enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi tahap bahaya setakat jam 8 pagi tadi, berbanding hanya empat sungai, semalam. Berdasarkan maklumat di laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai yang melepasi paras bahaya ialah di daerah Lipis, manakala masing-masing satu di Jerantut, Bera dan Maran. Sungai terbabit ialah…