Tag: Ismail Sabri Yaakob
-
Saya tiada masalah untuk berdebat – Muhyiddin
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia untuk berdebat secara terbuka bersama calon Perdana Menteri lain, asalkan ia diadakan secara adil dan teratur. Presiden Bersatu itu bagaimanapun menegaskan debat itu perlu memberi tumpuan kepada soal dasar dan perancangan, bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan. “Saya tiada masalah, nak kata debat ke, dialog ke, kalau…
-
Tommy Thomas dipercayai lakukan empat kesalahan
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, dipercayai melakukan empat kesalahan berdasarkan siasatan terhadap kandungan buku memoir ‘My Story: Justice In the Wildernes’, yang ditulisnya. Beliau berkata kesalahan itu melibatkan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA). “Untuk tindakan,…
-
Zafrul calon BN Kuala Selangor? Saya tak buat kajian sikap lagi, kata Ismail
TEKA-TEKI mengenai pencalonan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen Kuala Selangor akan diketahui tidak lama lagi. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada dasarnya penerimaan penduduk tempatan terhadap Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor itu adalah baik. “Presiden parti (Ahmad Zahid Hamidi) atau pengerusi perhubungan negeri akan umumkan,” katanya selepas merasmikan…
-
Saya hanya seloroh, kata PM berkait pecat 12 menteri PN
PERDANA Menteri sementara,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui hanya berseloroh ketika membuat kenyataan mahu memecat 12 menteri Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata demikian susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abd Latiff Ahmad, mengecam kenyataan ‘pecat menteri’ dibuatnya yang menyatakan menteri Kabinet boleh meletak jawatan lebih awal kerana mempunyai “maruah”. “Saya berseloroh ke…
-
‘Ismail Sabri contoh PM paling lemah’ – Faiz Na’aman
TINDAKAN Perdana Menteri “caretaker” Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 12 menteri PN sebagai punca diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai tidak bertanggungjawab. Malah, Ahli Majlis Pimpinan Tinggi BERSATU, Dr. Faiz Na’aman berkata, ia adalah suatu fitnah dan Ismail sewajarnya bertanggungjawab terhadap cadangannya untuk membubarkan Parlimen…
-
[VIDEO] Siapa punca sebenar Parlimen dibubarkan?
Oleh ZULKIFLEE BAKAR SEMALAM, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media menjelaskan, kenapa beliau memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Antara alasan itu, tindakan 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar mengutuskan warkah kepada Seri Paduka, ada jemaah menteri membuat kritikan secara terbuka terhadap keputusan dan dasar kerajaan, tindakan Pengerusi…
-
PRU-15: Zahid paling gembira, tapi penganalisis ramal rakyat akan keluar mengundi
SELEPAS pelbagai spekulasi berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), akhirnya tanda tanya tersebut sudah terjawab selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan secara rasmi Parlimen terbubar. Walaupun berdepan tentangan daripada pelbagai pihak, namun nampaknya kehendak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih diutamakan berbanding kehendak rakyat yang semakin terbeban dengan kesulitan hidup dan…
-
‘Ismail Sabri tidak bertanggungjawab’ – Muhyiddin
TAN Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan beliau dan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) sebagai punca diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai tidak bertanggungjawab. Pengerusi PN itu berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa berhubung perkara itu, sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap apa yang sudah dilakukan. “Ianya sangat tidak bertanggungjawab…