Zafrul calon BN Kuala Selangor? Saya tak buat kajian sikap lagi, kata Ismail

0
249

TEKA-TEKI mengenai pencalonan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen Kuala Selangor akan diketahui tidak lama lagi.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada dasarnya penerimaan penduduk tempatan terhadap Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor itu adalah baik.

“Presiden parti (Ahmad Zahid Hamidi) atau pengerusi perhubungan negeri akan umumkan,” katanya selepas merasmikan karnival usahawan dan koperasi peringkat Selangor hari ini.

“Penerimaan penduduk di sini tengok dari sorakan nampak baik tetapi saya tak buat kajian sikap lagi.” ujarnya lagi lapor FMT.

Ismail ketika ditanya sama ada beliau akan mempertahankan Parlimen Bera yang diwakilinya sejak 2004 berkata: “Saya nak, tapi tunggu pengumuman (presiden).”

Mengenai UMNO Pekan yang menyenaraikan Najib Razak sebagai antara lima calon yang akan bertanding di kawasan itu, Ismail berkata, perkara ini akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

“Hanya SPR akan tentukan siapa boleh bertanding atau tak boleh bertanding. (Najib boleh bertanding atau tidak) Itu terserah pada SPR,” katanya.

Beliau berkata, senarai akhir calon BN akan diputuskan dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here