Tag: Harimau
-
Perhilitan sahkan kelibat harimau di dua lokasi di Chemor
JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung kehadiran harimau di Tanah Hitam dan Kampung Ulu Kuang, Chemor baru-baru ini. Pengarahnya Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima aduan kejadian di Tanah Hitam pada 17 Jan lepas manakala di Ulu Kuang pada 26 Jan. “Pihak kami telah menerima aduan daripada penduduk kampung…
-
Tiada kesan kehadiran harimau di Kemensah Height – Perhilitan
Siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat. Memetik laporan Astro Awani, Perhilitan Selangor menjelaskan sembilan kakitangan daripada Ibu Pejabat Perhilitan, Perhilitan Wilayah Persekutuan dan Selangor ke lokasi kejadian selepas…
-
Polis tahan pengawal keselamatan warga Bangladesh dakwa nampak harimau di Kemensah
SEORANG lelaki warga Bangladesh ditahan polis kerana disyaki menyebarkan berita palsu mendakwa terlihat kelibat harimau yang dikatakan terlepas dari Zoo Negara. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 51 tahun dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah itu, ditahan di pondok pengawal di Jalan Tropika Kemensah 3, Kemensah Height, Kuala Lumpur sekitar…
-
Polis nafi insiden lelaki dibaham harimau di Simpang Pulai
POLIS Perak menafikan laporan berhubung dakwaan kononnya seorang lelaki telah dibaham harimau di Simpang Pulai di sini seperti yang tular di laman Facebook baru-baru ini. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata semakan dengan Ketua Polis Daerah Ipoh mendapati dakwaan itu tidak benar dan gambar yang tular juga merupakan gambar lama. “Saya ingin menafikan…
-
15 anggota Perhilitan, NWRC jejak harimau di Pos Bihai
ANGGOTA Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak tampil membantu Perhilitan Kelantan bagi menjejaki harimau di Pos Bihai, Gua Musang. Baca berita berkaitan: ‘Pak Belang’ lepak tepi pagar sekolah Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, hampir 15 anggota daripada jabatan berkenaan turun…
-
‘Pak Belang’ lepak tepi pagar sekolah
SELEPAS Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai di Gua Musang, Kelantan diancam serangan harimau sehingga terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran bersemuka, kini SK Balar pula diancam binatang buas berkenaan. Difahamkan, harimau berkenaan dikesan berada di tepi pagar asrama SK Balar semalam sehingga menimbulkan ketakutan kepada pelajar dan penduduk sekitar. Menerusi status di Facebook yang dimuat naik seorang guru…
-
“Saya bukan naga, buaya, singa atau harimau” – Ab Rauf
PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyangkal pandangan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai ‘naga, buaya, singa atau harimau’ di Melaka; sebaliknya beliau melihat dirinya sekadar seorang yang ‘humble’ kepada parti. Beliau yang diajukan soalan panas berhubung persepsi yang dimainkan pihak tertentu terhadap dirinya, yang didakwa menjadi ‘Abang Besar’ melebihi Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali…
-
[VIDEO] Kemunculan ‘Pak Belang’ di tepi jalan mengejutkan orang ramai
SEJAK beberapa hari lepas, video kemunculan harimau di Jemaluang, Mersing yang dimuat naik dalam Facebook Mohd Shahrom telah tular di media sosial dan membimbangkan orang ramai. Menerusi video berdurasi seminit 39 saat yang tular, dapat dilihat seekor harimau yang sedang duduk di tepi jalan dan seekor lagi di dalam semak yang didakwa di Jemaluang, Mersing.…