Tag: Guru
-
Guru, pembantu taska mengaku tak bersalah aniaya lima kanak-kanak
DUA guru dan pembantu taska didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan menganiaya lima orang kanak-kanak berusia dua tahun di sebuah taska di Taman Meru Perdana 2, Chemor dekat Ipoh minggu lalu. Kedua-dua tertuduh, Wan Suhaila Mior Khir, 32, Noor Shafina Abdul Khair, 26, masing-masing berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta…
-
Saman terhadap guru meningkat, NUTP saran fahami undang-undang
KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas. Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya telah menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu mengajar, menjalankan kokurikulum serta menguruskan sekolah dan…
-
Peningkatan kluster COVID-19: KKM saran lakukan saringan kepada pelajar, guru
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyarankan kepada sektor pendidikan untuk melakukan saringan kepada pelajar, guru dan kakitangan susulan 11 daripada 18 kluster COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ketujuh 2023 (ME 13/2023) dari 26 Mac hingga 1 April, adalah kluster pendidikan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah…
-
Penipuan dalam talian: Guru dakwa rugi lebih RM120,000
SEORANG guru mendakwa kerugian lebih RM120,000 selepas diperdayakan dalam urusan membeli seunit sistem membayar automatik rangkaian tol atau SmartTAG yang dijual pada harga RM80 menerusi media sosial. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang berusia 54 tahun mendakwa kejadian bermula selepas dia menekan pautan yang diberikan suspek untuk membuat pembayaran. “Mangsa…
-
Guru tahfiz lemas ketika mandi pantai
SEORANG guru tahfiz meninggal dunia selepas lemas ketika mandi di Pantai Angulia dekat Marang, pada 9.55 pagi tadi. Mangsa, Nabil Husaini Halimun Nawar, 22, yang berasal dari Selangor merupakan seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al-Azhariah di Seksyen 18, Shah Alam. Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Deris berkata menurut laporan, mangsa bersama…
-
Jurukimpal, guru jadi mangsa Macau Scam
SEORANG jurukimpal berputih mata apabila kerugian RM339,000, manakala seorang guru pula rugi RM285,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam menerusi dua kejadian berasingan. Kejadian menimpa guru lelaki berusia 49 tahun berlaku pada 6 Januari lalu, manakala jurukimpal berusia 52 tahun diperdaya sindiket bermula pada 17 November tahun lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata,…
-
Lebih sebulan hilang ketika tunai umrah,usaha cari guru diteruskan keluarga
WALAUPUN telah lebih sebulan dilaporkan hilang ketika mengerjakan umrah, usaha untuk mencari dan mengesan seorang guru, Musthafa Kamal Abdullah, 49, tetap diteruskan oleh keluarganya. Anak sulungnya, Muhammad Nabil, 26, berkata dia sendiri akan berangkat ke Makkah pada Jumaat ini (20 Jan) dan akan berada di Tanah Suci selama kira-kira 14 hari. Dia yang akan ditemani…
-
Tanah runtuh: Lebih 20 guru SJKC Mun Choong dan keluarga antara mangsa
Lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dari ibu kota dan ahli keluarga mereka, disahkan antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi. Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong, berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya…
-
Saya tidak pernah tutup ruang untuk guru bagi pandangan, kata Radzi Jidin
MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan yang beliau tidak pernah menutup ruang untuk guru memberi pandangan yang memberi kebaikan kepada sistem pendidikan negara. Jelasnya, beliau malah sentiasa mengalu-alukan kepada semua guru sekiranya mahu memberi pandangan untuk menambah baik sistem pendidikan negara. Menurut Radzi, perkara itu dapat dilihat menerusi makluman di Facebook peribadinya yang…
-
KPM perlu jalin kerjasama dengan kumpulan pelbagai latar belakang
KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mestilah bekerjasama dengan pelbagai kumpulan sokongan bagi memastikan kemajuan sistem pendidikan negara, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata sektor pendidikan tidak seharusnya mendiskriminasi berdasarkan latar belakang, supaya lebih banyak bilangan dan kepelbagaian idea boleh dimanfaatkan untuk menambah baik sektor itu. “Ketika ada sesetengah orang yang mengatakan pendidikan kita ke belakang, saya terus…