Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Gunung Everest Archives -

Tag: Gunung Everest

  • Tragedi Everest: Kerajaan runding dengan Nepal lanjut tempoh pencarian Hawari

    Tragedi Everest: Kerajaan runding dengan Nepal lanjut tempoh pencarian Hawari

    KERAJAAN sedang mengadakan rundingan dengan Nepal dan operator pendakian Everest bagi membolehkan tempoh pencarian pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan. Timbalan Presiden Kelab Eksplorasi Altitud, Murshid Maktab berkata, beberapa peralatan teknologi dibawa dari Malaysia termasuk dron yang berupaya mengesan haba dijangka tiba di Nepal pada Isnin bagi membantu…

  • Jenazah Awang Iskandar dijangka tiba di tanah air selewat-lewatnya Sabtu ini

    Jenazah Awang Iskandar dijangka tiba di tanah air selewat-lewatnya Sabtu ini

    JENAZAH pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Lt. Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub dijangka tiba di tanah air selewat-lewatnya Sabtu ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata jenazah Awang Askandar telah berada di Base Camp 2 pada…

  • Everest: Pasukan SAR tumpu zon kematian jejak Hawari

    Everest: Pasukan SAR tumpu zon kematian jejak Hawari

    PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) kini menumpukan kepada bahagian atas gunung yang dikenali sebagai zon kematian dalam usaha menjejaki pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33. Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, walaupun usaha pencarian sudah memasuki hari keenam, beliau percaya, Hawari masih hidup kerana…

  • Tragedi Everest: SAR Hawari diteruskan di kawasan ceruk,jejaki telefon bimbit

    Tragedi Everest: SAR Hawari diteruskan di kawasan ceruk,jejaki telefon bimbit

    OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33, seorang orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat di kawasan pergunungan Everest, diteruskan di kawasan ceruk, selain menjejaki telefon bimbitnya. Pengurus Pasukan Misi Malaysia Everest 2023 (ME23) Ayu Wanirah Naharuddin berkata operasi itu dikendalikan oleh salah seorang pendaki, Tiong Ling Yang, yang turut dikenali sebagai…

  • Operasi SAR Muhammad Hawari mungkin sukar jika terjatuh di kaki Gunung Lhotse

    Operasi SAR Muhammad Hawari mungkin sukar jika terjatuh di kaki Gunung Lhotse

    PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest, berkemungkinan berhadapan kesukaran, sekiranya beliau terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse. Rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest Datuk M. Magendran berkata lereng Gunung Lhotse sangat curam, dan sekiranya pendaki tergelongsor, mereka boleh…

  • Pendaki negara dilapor hilang selepas takluk Everest

    Pendaki negara dilapor hilang selepas takluk Everest

    PENDAKI negara Muhammad Hawari Hashim, yang menyertai misi pendakian Gunung Everest, Himalaya dilaporkan hilang sejak Jumaat. Muhammad Hawari yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dipercayai hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 18 Mei. Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa mangsa merupakan kumpulan sama yang menyertai Malaysia Everest 2023 (ME 2023) bersama…

  • Pengarah Pertahanan Awam Kedah meninggal dunia ketika daki Gunung Everest

    Pengarah Pertahanan Awam Kedah meninggal dunia ketika daki Gunung Everest

    PENGARAH Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya. Mangsa dilaporkan meninggal dunia semalam, jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengahari waktu Malaysia) selepas terjatuh pada malam sebelumnya. Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Azim Afif Ishak, 35, berkata, ketika kejadian,…