Tag: gempa bumi
-
Dua lagi gempa bumi gegar selatan Turkiye
DUA gempa bumi menggegarkan wilayah Hatay di selatan Turkiye pada Isnin, hanya dua minggu selepas gempa kuat melanda wilayah itu, menurut agensi pengurusan bencana negara itu. Menurut agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye, gempa pertama berlaku kira-kira 8.04 malam waktu tempatan (1704GMT) di daerah Defne di Hatay, berukuran 6.4 pada skala Richter manakala satu…
-
Lebih 36,100 terbunuh sejak gempa bumi dahsyat landa Turkiye
SEKURANG-kurangnya 36,187 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye minggu lepas, menurut agensi bencana negara itu pada Khamis. Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 pada 6 Feb yang berpusat di wilayah Kahramanmaras, menjejaskan lebih 13 juta orang di 11 wilayah termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye, Sanliurfa dan…
-
Gempa bumi kuat landa Filipina
GEMPA bumi berukuran 6 pada skal Richter melanda Filipina pada pagi Khamis, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, lapor Xinhua. Menurut institut itu gempa berlaku pada 2.10 pagi waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 11 km barat daya bandar Batuan di wilayah Masbate di pulau Luzon. Gempa bumi turut dirasai di beberapa kawasan…
-
Lebih 31,600 orang maut dalam gempa bumi di Turkiye
SEKURANG-kurangnya 31,643 orang terbunuh dalam tragedi gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb, lapor Agensi Anadolu. Lebih 238,459 anggota kini berada di lapangan untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR), menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) dalam satu kenyataan. Hampir 158,165 orang telah dipindahkan setakat ini. Kementerian Luar Turki pada hari…
-
Saya masih trauma – Pelajar Malaysia di pusat gempa
“WALAUPUN berlaku gegaran kecil, ia menakutkan saya. Saya masih lagi trauma,” kata Zahirul Amin Moiswa Universiti Gaziantep, yang kini berada di bawah jagaan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Turkiye. Mengimbau detik sebelum gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan Turkiye dan Syria pada Isnin lalu, Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di universiti berkenaan…
-
Bayi baru lahir ditemukan hidup di bawah runtuhan di Syria
AHLI keluarga berusaha mengeluarkan bayi perempuan yang tali pusat masih melekat dengan ibunya yang sudah meninggal dunia dalam tragedi gempa bumi di Syria awal pagi semalam. Bayi yang terperangkap di bawah timbunan bangunan runtuh akibat gempa buruk di utara negara terbabit dikeluarkan hidup-hidup meskipun ibunya meninggal dunia, lapor BH Online yang memetik agensi AFP. Menurut…
-
Gempa bumi Turki: Angka korban gempa bumi meningkat kepada 7,100
ANGKA kematian akibat gempa bumi besar yang melanda Turkiye dan Syria meningkat kepada 7,100 orang, menurut data rasmi, lapor Agensi. Anggota pasukan perubatan, berkata 5,434 orang dilaporkan meninggal dunia di Turkiye dan 1,712 di Syria, menjadikan jumlah keseluruhan 7,146 orang. Gempa awal pagi dengan magnitud 7.8 itu dipercayai yang terburuk melanda Turki pada abad ini,…
-
Turkiye: Angka korban gempa bumi meningkat kepada 4,372
JUMLAH kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria pada Isnin meningkat kepada 4,372. Angka korban di Turkiye meningkat kepada 2,921 setakat pagi Selasa dengan 15,834 dilaporkan cedera, menurut ketua perkhidmatan bencana Turkiye Yunus Sezer dalam sidang akhbar di Ankara. Sezer berkata beliau akan memaklumkan kemas kini yang lebih komprehensif pada jam 6 pagi…
-
Doktor Malaysia kongsi pengalaman hadapi gempa bumi Turkiye
“RAMAI mangsa yang datang ke hospital selepas dibawa keluar daripada timbunan bangunan dalam keadaan patah kaki, ada yang mengalami pendarahan otak dan ada juga yang sampai dalam keadaan tidak bernyawa.” Itu situasi yang diceritakan seorang doktor warga Malaysia Syazwan Abu Bakar yang bertugas di sebuah hospital di bandar Gaziantep, antara kawasan paling teruk terjejas akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda…
-
Gempa Turkiye, Syria: Hampir 1,800 terkorban, lebih 1,700 bangunan runtuh
GEMPA bumi kuat dengan kekuatan 7.8 magnitud dan satu gempa susulan sekuat 7.6 magnitud meragut nyawa hampir 1,797 orang dan mencederakan ribuan penduduk Turkiye dan Syria, hari ini, meningkat berbanding lebih 500 sebelum ini. Kekuatan gempa itu pada pukul 4.17 pagi waktu tempatan itu meranapkan lebih 1,700 bangunan ketika kebanyakan mangsa sedang nyenyak tidur. Gempa…