Tag: ejen kosmetik
-
Penculik wanita ejen jualan kosmetik dipenjara 56 bulan
SEORANG buruh dijatuhi hukuman penjara 56 bulan oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan menculik wanita ejen jualan kosmetik di Kampung Semat Jal, Tumpat, September tahun lalu. Hakim, Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Hafizi Mohd Arifin, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama Chek Norhafizzi Chek Nor,…
-
Peniaga mengaku tidak bersalah culik ejen produk kosmetik
SEORANG peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang wanita ejen produk kosmetik pada 13 Sept lepas. Chek Norhafizzi Chek Nor, 31, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas menculik Rosnazirah Mohd Nain berusia 36 tahun. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Semat Jal,…
-
Ejen produk kosmetik yang diculik berada dalam keadaan baik – Polis
SEORANG ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang diculik oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, pada 13 Sept lepas berada dalam keadaan baik, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. Beliau berkata mangsa kini berada di Kuala Lumpur dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat. “Tiada sebarang bayaran dibuat sepanjang kehilangannya dan saya…
-
Azi dalam keadaan baik, masih di KL
EJEN jualan kosmetik yang diselamatkan di Thailand selepas dilarikan sekumpulan lelaki di kediamannya di Tumpat pada 13 September lalu, berada dalam keadaan baik. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata mangsa Rosnazirah Mohd Naim, 36, kini masih berada di Kuala Lumpur dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat. Tegasnya, tiada sebarang bayaran dilakukan sepanjang…
-
Polis selamatkan ejen kosmetik mangsa culik di Thailand
EJEN jualan produk kosmetik wanita Rosnazirah Mohd Naim, yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu berjaya diselamatkan. Lokasi kedudukan mangsa berusia 36 tahun itu berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani…
-
Polis Thailand tidak tolak kemungkinan Azi sudah dibawa sejauh Bangkok atau sempadan Myanmar
EJEN jualan kosmetik dari negeri ini, Rosnazirah Mohd Naim yang didakwa dilarikan sekumpulan lelaki ke Thailand, berkemungkinan sudah dibawa lebih jauh hingga ke Bangkok ataupun sempadan Thailand-Myanmar. Menurut sumber pihak berkuasa Thailand, pasukan polis negara jiran itu tidak menolak kemungkinan berkenaan dan giat meneruskan operasi 24 jam untuk mengesan wanita berusia 36 tahun itu. Katanya,…
-
Kes culik ejen kosmetik: Polis Thai serbu rumah tepi Sungai Golok
POLIS Thailand melancarkan operasi bagi mengesan ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat, petang Selasa lalu. Sumber pihak berkuasa Thailand, memaklumkan pihaknya turut membuat serbuan di sebuah rumah di pinggir Sungai Golok atau Takbai, di sini, semalam. Katanya, serbuan berkenaan dibuat susulan maklumat yang…
-
[VIDEO] Perselisihan ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik
PERSELISIHAN di antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Kota Bharu, Kelantan, petang kelmarin. Menurut laporan BH Online, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata siasatan awal pihaknya mendapati suami Rosnazirah Mohd Naim terbabit dalam aktiviti sindiket…