Tag: dadah
-
Pelajar sekolah antara ditahan bantu siasatan penemuan dadah lebih RM1.4 juta
SEORANG pelajar tingkatan empat antara empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan ketamin seberat 25.5 kilogram bernilai lebih RM1.4 juta di Kampung Laloh, Kuala Krai, Jumaat lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata rampasan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan yang ternampak kereta jenis Perodua Myvi…
-
29 maut di Mexico susulan penahanan anak raja dadah El Chapo
SEKURANG-kurangnya 29 orang terbunuh dalam pertempuran di Sinaloa, barat laut Mexico, kata Menteri Pertahanan Luis Cresencio Sandoval pada Jumaat. Pertempuran itu tercetus selepas pihak berkuasa melancarkan operasi untuk menahan Ovidio Guzman, anak lelaki raja dadah Mexico, Joaquin “El Chapo” Guzman yang kini menjalani hukuan penjara. Penahanan Ovidio Guzman pada Khamis menyebabkan 19 penyerang dan 10…
-
Suami isteri antara lapan ditahan dalangi sindiket pengedaran dadah antarabangsa
POLIS Melaka menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas pelbagai jenis bahan terlarang itu yang bernilai hampir RM4 juta di sebuah rumah di Serkam di sini, pada Rabu. Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya turut menahan lapan individu termasuk dua pasangan suami isteri yang berusia 28 hingga 48 tahun dalam empat serbuan berasingan…
-
Edar dadah di bangsal lembu, tiga lelaki ke tali gantung
TIGA lelaki dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin dan Monoacetylmorphines dengan berat keseluruhan 585.1 gram (g) dalam sebuah bangsal lembu di Rawang, empat tahun lepas. Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhi hukuman itu terhadap C. Peter Yesudas, 55; V. Kasinathan, 43, dan K. Nagaraj, 57,…
-
Kastam Kedah rampas 35.5KG ganja dalam trak pikap di bengkel kereta.
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 35 ketulan ganja mampat seberat 35.5 kilogram bernilai RM142,000 disorok dalam trak pikap di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pekan Changlun, dekat Kubang Pasu, Ahad lalu. Pengarah JKDM Kedah, Nor Izah Abd Latiff, dalam kenyataan hari ini, berkata serbuan pada kira-kira jam 3.30 petang dijalankan oleh sepasukan anggota Kastam Cawangan…
-
Polis tahan suami-isteri bawa dadah bernilai lebih RM9.5 juta
POLIS Kelantan menahan sepasang suami isteri berusia 26 dan 28 tahun bersama dadah jenis syabu bernilai lebih RM9.5 juta di Kampung Batu Jong, Kuala Krai, semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan terbesar tahun ini itu dilakukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) ketika menjalankan rondaan pada 8 pagi. “Anggota bertindak menahan kenderaan…
-
Dadah:Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan
PELAKON dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Farid Kamil, 41, selaku perayu bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah…
-
Keputusan representasi Yasin tangguh 15 Disember
MAHKAMAH Sesyen pada Khamis, menangguhkan keputusan representasi bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, ke 15 Disember ini. Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh baharu itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih memerlukan masa untuk membuat keputusan berkenaan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah, berkata pihaknya masih mempertimbangkan…
-
Polis sahkan wujud kegiatan jual vape mengandungi dadah
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan wujud aktiviti menjual cecair rokok elektronik (vape) yang mengandungi dadah secara terbuka. Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata tindakan membanteras kegiatan itu telah dan sedang diambil PDRM. Beliau berkata ia termasuk kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape di sekitar Lembah Klang pada bulan lepas dengan…
-
Polis rampas dadah RM10 juta di inap desa
POLIS Kuala Lumpur menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan pil eramin five berjumlah lebih RM10 juta dalam serbuan di sebuah inap desa dan kondominium di Kajang, Selangor. Polis mulanya menahan dua lelaki tempatan berusia 37 dan 39 tahun di Desa Sri Hartamas dan Bandar Damai Perdana, Kajang, Selangor, dalam ‘Operasi Leslie’ pada 13…