Tag: COVIDNOW
-
Covid-19: 2,898 kes baharu, empat kematian
Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 26 November 2022) turun semula kepada 2,898 kes berbanding 3,024 yang dicatat pada Jumaat. Menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,984,272 kes, dengan 4,920,616 pesakit telah…
-
COVID-19: 4,816 kes baharu, lima kematian direkodkan
SEBANYAK 4,816 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Sabtu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 4,648,931 kes. Menerusi portal CovidNow, sebanyak sembilan kematian direkodkan dengan satu kes daripadanya adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,911 orang. Dalam pada itu,…
-
Kes kembali hampir 4,000, sembilan kematian
MALAYSIA kembali merekodkan lebih 3,000 kes semalam dengan sebanyak 3,934 kes baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,604,670 kes. Menerusi laman web COVIDNOW, jumlah kes baharu itu membabitkan 3,927 kes penularan tempatan dengan tujuh lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Pertambahan kes baharu itu menjadikan…
-
Covid-19: 2,773 kes baharu, enam kematian direkod
SEBANYAK 2,773 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,568,828 kes. Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan sebanyak enam kes kematian dilaporkan pada Jumaat dan tiada kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini…
-
2,425 kes baharu Covid-19, empat kematian direkod
SEBANYAK 2,425 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,547,051 kes. Menurut portal CovidNow, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada Rabu dan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai…
-
Hampir 1.3 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksin
SERAMAI 1,299,348 atau 36.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,737,987 atau 49 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,911,081…
-
Covid-19: 1,690 kes baharu, tiada kematian
SEBANYAK 1,690 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,540,612 kes setakat ini. Menerusi laporan portal CovidNow, penularan tersebut melibatkan 1,680 kes tempatan dengan 10 kes import. Dalam pada itu, Malaysia pada Ahad kembali mencatatkan sifar kematian akibat Covid-19 sejak lebih 18 bulan lalu yang menyaksikan kes kematian harian…
-
1,709 kes baharu Covid-19, dua kematian dicatat
NEGARA mencatatkan penurunan kes Covid-19 dengan 1,709 kes termasuk tiga kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,524,727 kes. Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,746 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,466,304 kes. “Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (660), Kuala Lumpur (411), Perak (122), Pulau…
-
32.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
SEBANYAK 1,152,515 atau 32.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,701,913 atau 48 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,912,165 atau…
-
Lebih 22.9 juta dewasa lengkap vaksin COVID-19
SEBANYAK 22,972,947 atau 97.6 peratus golongan dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 23,249,217 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 16,082,337 atau 68.4 peratus telah menerima suntikan dos penggalak. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,144…