Covid-19: 2,898 kes baharu, empat kematian

0
170

Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 26 November 2022) turun semula kepada 2,898 kes berbanding 3,024 yang dicatat pada Jumaat.

Menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,984,272 kes, dengan 4,920,616 pesakit telah sembuh, termasuk 2,789 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,920 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 651 kes (penerima dua dos); 312 kes (individu tidak divaksinasi); dan 15 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,008 kes masih aktif, naik sedikit berbanding 26,903 yang dilaporkan sehingga Jumaat.

Daripada jumlah itu, 24,924 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (24,752 pesakit pada Jumaat); dan 1,973 dirawat di hospital, turun semula berbanding 2,049 pada Jumaat.

KKM juga memaklumkan seramai 14 pesakit Covid-19 kini ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 97 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (92 pada Jumaat), dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (52 pada Jumaat).

Memeti laporan Agenda Daily, berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,230 (1,529,929)
  • Kuala Lumpur – 206 (462,543)
  • Sabah – 210 (404,306)
  • Johor – 47 (396,832)
  • Sarawak – 176 (320,311)
  • Kedah – 109 (315,304)
  • Pulau Pinang – 120 (304,390)
  • Kelantan – 66 (258,221)
  • Perak – 153 (236,662)
  • Negeri Sembilan – 102 (228,972)
  • Pahang – 106 (181,050)
  • Melaka – 197 (141,466)
  • Terengganu – 77 (131,825)
  • Putrajaya – 72 (31,033)
  • Labuan – 18 (22,658)
  • Perlis – 9 (18,770).

Dalam pada itu, empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Semua kematian itu direkodkan di Johor, Kedah, Perak dan Sabah.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,648 kes, termasuk 7,798 kes BID.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here