Tag: CCTV
-
Empat lelaki warga Myanmar lepas, bebas tuduhan bunuh rakan senegara
MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan empat lelaki warganegara Myanmar daripada pertuduhan membunuh rakan senegara mereka, empat tahun lepas. Hakim K.Muniandy membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Pau Deih Lian, Kai Lian Mong, Kai Za Muang dan Tuang Siang Muang di akhir kes pendakwaan, tanpa…
-
Penunggang motosikal lawan arus di SUKE selesai dirakam percakapan – Polis
POLIS telah selesai merakam percakapan penunggang motosikal yang melawan arus di jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut, pada Isnin. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, kertas siasatan berhubung kes berkenaan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor sejurus dilengkapkan. “Kondisi suspek masih lagi dalam keadaan cedera…
-
Disimbah asid: Pemilik premis menjual kenderaan terpakai turut diperas ugut
BEBERAPA pemilik premis menjual kenderaan terpakai yang disimbah asid bukan sahaja mengalami kerugian akibat kejadian itu, malah mereka telah turut diperas ugut oleh suspek agar membayar sehingga RM10,000, jika tidak mahu kejadian sama berulang. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pemilik premis menjual kenderaan itu memaklumkan, mereka menerima mesej pesanan ringkas (SMS)…
-
Polis buru lelaki curi beg dalam Masjid Muhammadi
POLIS sedang memburu seorang lelaki yang dilihat mencuri beg silang seorang jemaah yang sedang bersolat pada waktu Zohor di Masjid Muhammadi di Kota Bharu Rabu lepas, setelah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perbuatan itu tular dalam media sosial. Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian…
-
Tiada cubaan culik murid sekolah di Gombak – Polis
HASIL siasatan terperinci polis mendapati, tiada cubaan culik seperti yang dilaporkan berlaku di tiga sekolah rendah di daerah Gombak dekat sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan dijalankan, selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 32 hingga 43 tahun pada Selasa dan semalam. Beliau berkata mereka diberitahu anak masing-masing berusia tujuh…
-
Lima remaja ditahan bantu siasatan kes pecah sekolah
LIMA remaja lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian pecah sekolah di sekitar Iskandar Puteri pada 19 dan 26 Sept lepas. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata kesemuanya yang berusia antara 15 hingga 17 tahun dan tidak bersekolah, ditahan di Gelang Patah, Iskandar Puteri, semalam. “Antara sekolah yang terlibat dalam kejadian…
-
Pencuri lari selepas disergah kucing
SEPERTI dalam filem aksi komedi, sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan gelagat seorang pencuri terkejut dan terus berlari keluar meninggalkan ruang tamu sebuah rumah selepas disergah oleh seekor kucing. Menerusi video berdurasi 11 saat yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @ainaarhn, difahamkan rumah keluarganya beralamat Bukit Sekilau, Kuantan telah dipecah masuk oleh individu yang tidak…
-
[VIDEO] Misteri ratusan burung mati hampir serentak
RATUSAN burung dilaporkan secara tiba-tiba ‘jatuh’ dari langit dan mati dalam kejadian di sebuah pekan kecil di Chihuahua, Mexico. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan burung-burung tersebut jatuh ke tanah dipercayai berhampiran sebuah kediaman. Menerusi video yang berlainan mengenai kejadian tersebut turut memaparkan burung spesies berwarna hitam dan kuning itu…
-
[VIDEO] Polis buru dua penjenayah letup mesin ATM
DUA penjenayah meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum melarikan sejumlah wang tunai di sebuah kedai serbaneka di Pekan Meru, Klang, Selangor, awal pagi Selasa. Kejadian itu disedari pekerja kedai serbaneka berkenaan ketika mahu membuka kedai kira-kira jam 8 pagi selepas mendapati pintu kaca kedai pecah selain pintu pada mesin ATM telah terbuka. Ketua…
-
[VIDEO] Polis buru suspek kes tikam mati lelaki di Penampang
SEORANG lelaki maut ditikam di luar bangunan sebuah pusat hiburan di Jalan Penampang Baru, Penampang, Sabah, awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pusat hiburan berkenaan. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, sebaik menerima makluman, sepasukan anggota dan pegawai bergegas ke…