Pencuri lari selepas disergah kucing

0
334

SEPERTI dalam filem aksi komedi, sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan gelagat seorang pencuri terkejut dan terus berlari keluar meninggalkan ruang tamu sebuah rumah selepas disergah oleh seekor kucing.

Menerusi video berdurasi 11 saat yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @ainaarhn, difahamkan rumah keluarganya beralamat Bukit Sekilau, Kuantan telah dipecah masuk oleh individu yang tidak dikenali berkenaan.

“Pernah tengok pencuri takut kucing?, tak pernah? Haa nah aku kasi korang tengok sekarang juga,” katanya di Twitter.

Dalam pada itu, Aina turut memaklumkan sebuah beg tangan dan dompet miliknya sempat diambil lelaki berkenaan dan dia berharap agar barangnya dipulangkan semula.

Tambahnya lagi, kesemua bukti rakaman CCTV sudah diserahkan kepada polis dan laporan telah dibuat.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan meninggalkan pelbagai reaksi berhubung kejadian tersebut.

“Pertama kali tengok perompak ‘slow motion’ macam ini, lambat betul buat kerja. Takut kucing pulak tu,” kata seorang netizen.

“Tengok gaya macam tenang sangat ingatkan pro sebab biasa perompak gelabah geledah barang. Takut kucing rupanya hahaha,” kata seorang lagi netizen. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here