Tag: bunuh
-
Kerat ibu 15: suspek pendiam, tidak bergaul dengan jiran
SUSPEK lelaki yang membunuh dan mengerat 15 ibunya berperwatakan serius dan sering mengutip dan mengumpul barangan terpakai di perkarangan rumahnya di Taman Kerian, di sini. Menurut jiran yang enggan dikenali, beberapa tahun lalu beliau terkejut apabila menyaksikan suspek bertindak membunuh seekor kucing yang masuk ke perkarangan rumahnya menggunakan sebilah pisau, memetik laporan Berita Harian. “Dia (suspek) jenis…
-
Cemburu mungkin motif ibu hamil tujuh bulan mati ditembak
POLIS tidak menolak kemungkinan motif cemburu antara punca wanita mengandung tujuh bulan mati ditembak di Kampung Repek,Pasir Mas, Kelantan, pada petang Sabtu. Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya sudah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan dan suspek berkenaan ada hubungan dengan mangsa. “Ada beberapa kemungkinan…
-
Suspek kerat ibu 15 ada rekod sakit mental
SUSPEK kes bunuh ibu kandung dengan mengerat tubuh wanita itu kepada 15 bahagian di Taman Kerian, Parit Buntar mempunyai rekod masalah mental. Kosmo! melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 42 tahun itu pernah menerima rawatan berkaitan penyakit berkenaan di sebuah hospital swasta di Georgetown, Pulau Pinang, 20 tahun lalu. Bagaimanapun…
-
Anak kerat ibu 15, buang dalam tangki kumbahan
SEORANG lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian Parit Buntar, Perak. Astro AWANI melaporkan, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu. “Siasatan yang dijalankan menemukan…
-
Cemburu, samun disyaki punca wanita warga asing dibunuh
POLIS tidak menolak kemungkinan kes bunuh seorang wanita asing di sebuah bilik sewa di premis rumah kedai di Bandar Baru Batu Kawah, Kuching Ahad lalu berpunca daripada cemburu dan samun. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abang Ahmad berkata berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian, didapati beberapa barangan milik mangsa hilang, menurut laporan Astro…
-
Ibu parah ditikam anak ketika tidur
WANITA parah selepas ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya yang berusia 14 tahun ketika tidur di rumahnya di Bukit Yong, Pasir Puteh pada Selasa. Dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 41 tahun ditikam di dada dan kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Datuk…
-
Suami isteri dituduh bunuh anak saudara
SUAMI isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, atas pertuduhan membunuh anak saudara mereka dua minggu lalu. Tiada pengakuan direkodkan dan kedua-dua tertuduh, Zainuddin Noh, 40, dan isterinya, Norhazleyana Azreen Abdul Hamid, 40, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Jesseca Daimis. Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama menyebabkan kematian kanak-kanak…
-
Isteri bunuh perempuan simpanan suami
SEORANG wanita di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia, berdepan hukuman penjara kerana membunuh perempuan simpanan suaminya selepas memberi amaran agar dia meninggalkan lelaki itu. Memetik laporan Kosmo, suspek, NU, 26, mengetahui hubungan sulit antara suaminya, ID, 27, dengan seorang wanita bernama DN, 26, menerusi mesej perbualan dalam telefon bimbit lelaki itu. Suspek berasa marah apabila membaca…
-
Suami isteri, lelaki tempatan maut dalam kejadian bunuh berasingan
Suami isteri warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan meninggal dunia dalam kejadian berasingan di rumah kongsi ladang serta Kampung Batu Kudi, Balai Ringin di Serian, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Batu Kudi yang dilapor pada 4 petang, membabitkan lelaki berusia 47 tahun dipercayai diserang…
-
Buruh warga Indonesia mati ditetak dengan parang
POLIS menahan seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki menetak seorang buruh dengan parang sehingga maut, selepas dikatakan mengamuk di rumah kongsi di Kampung Semangat, Pekan pada Isnin. Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.30 pagi semasa buruh yang juga warga Indonesia hanya dikenali sebagai Selamet, 45, hendak ke tandas di…