Tag: bunuh
-
Bunuh: Lapan termasuk empat pegawai kanan polis Sabah ditahan reman
POLIS mengesahkan penahanan lapan pegawai polis termasuk empat pegawai kanan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan Pasukan Siasatan Khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan mengenai kes ini. “Kes ini masih di peringkat siasatan dan sidang media lanjut…
-
Wanita 91 tahun dibunuh selepas disamun
SEORANG wanita warga emas ditemukan mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kilometer 16 Kampung Pulai Darat, Merlimau di sini pada Jumaat. Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, mangsa, Misah Md Amin, 91, ditemui terbaring di bahagian dapur rumah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. “Polis menerima maklumat kejadian…
-
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ugut bunuh polis
SEORANG pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini atas tiga pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap pegawai dan anggota polis pada November dan Disember tahun lepas. Muhamad Hafidz Azrul Mat Nizan, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, lelaki terbabit secara sedar membuat…
-
Suami isteri didakwa bunuh pelayan restoran guna bom buatan sendiri
PASANGAN suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana membunuh pelayan restoran menggunakan bom buatan sendiri di Pandan Indah, di sini, bulan lalu. Khor Swee Boon, 33, dan isteri, Ng Hui Yee, 30, kelihatan tenang serta mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Normaizan Rahim. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu…
-
Dua lelaki didakwa bunuh penganggur
DUA lelaki lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penganggur dalam status orang pengawasan polis, pada akhir bulan lepas. M. Shart Yanantham Naidu, 28, dan G. Kesevaraj, 31, didakwa bersama-sama dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian T. Murthi, 37, di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh antara 10.40 malam hingga…
-
Kontraktor didakwa bunuh penganggur
SEORANG kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penganggur dua tahun lepas. Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 34, didakwa membunuh penganggur, Che Sobrie Che Ali, 37, di Kampung Saring, di sini, antara 9.30 malam hingga 10 malam pada 1 Ogos 2021. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Tuan Mohd Ridzwan…
-
Jurukimpal didakwa bunuh lelaki warga emas
SEORANG jurukimpal didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras di sini, minggu lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Ngit Soon, 51, yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan kerana…
-
Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan
POLIS menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda. Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan. Difahamkan, lelaki…
-
Rayuan 6 individu bunuh Kevin Morais didengar 3 Mac
MAHKAMAH Rayuan menetapkan 3 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais, tujuh tahun lepas. Jasmine Cheong, salah seorang peguam yang mewakili bekas pakar patologi, Dr R Kunaseegaran, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan bahawa tarikh pendengaran rayuan ditetapkan semasa pengurusan…