Tag: Bukit Aman

  • 4.5 juta kenderaan dijangka berada di jalan raya hingga Ahad – Bukit Aman

    4.5 juta kenderaan dijangka berada di jalan raya hingga Ahad – Bukit Aman

    POLIS menjangkakan sebanyak 4.5 juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara selama empat hari bermula hari ini susulan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas sambutan Aidilfitri. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Supt Dr. Bakri Zainal Abidin berkata bagaimanapun trend pergerakan pulang itu dijangka menyaksikan peningkatan yang ketara mulai esok.  “Sebanyak…

  • Kenyataan tular larang azan guna pembesar suara bukan di Malaysia 

    Kenyataan tular larang azan guna pembesar suara bukan di Malaysia 

    POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa kenyataan yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung larangan laungan azan menggunakan pembesar suara bukan dikeluarkan di Malaysia sebaliknya berlaku di Pune, India. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata arahan itu dibuat oleh Presiden Maharashtra Navnirman Sena iaitu Raj Thackeray dan dilaporkan…

  • Polis rampas mercun bernilai RM4.17 juta

    Polis rampas mercun bernilai RM4.17 juta

    POLIS mematahkan cubaan menjual pelbagai jenis mercun apabila menyerbu sebuah rumah persendirian dan kawasan perindustrian yang dijadikan sebagai tempat menyembunyikan pelbagai jenis mercun serta bunga api. Kegiatan sindiket penjualan bahan terlarang itu yang aktif sejak dua tahun lalu dibongkar polis susulan serbuan di dua lokasi di Kepong di Kuala Lumpur, pada Rabu lalu. Hasil serbuan…

  • 1,571 polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas 

    SERAMAI 1,571 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad. Beliau berkata, antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan, berkahwin tanpa kebenaran, enggan menerima laporan dan meminta imbuhan. Azri berkata, mereka yang terbabit dengan kesalahan…

  • Op Tapis Khas 2: Polis rampas dadah bernilai lebih RM10 juta

    Op Tapis Khas 2: Polis rampas dadah bernilai lebih RM10 juta

    POLIS merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10.3 juta dalam operasi, Op Tapis Khas Siri 2 di 125 kawasan penempatan rancangan Felda dan 222 kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam operasi selama tiga hari mulai Rabu lepas itu,…

  • JIPS tidak lindung, aniaya pegawai, anggota terlibat salah laku – Bukit Aman

    JIPS tidak lindung, aniaya pegawai, anggota terlibat salah laku – Bukit Aman

    JABATAN Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) tidak pernah melindungi atau menganiaya mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan, malah mereka yang terlibat akan dikenakan hukuman setimpal, kata Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad. “Kami mempunyai rule of law yang mesti menghormati keadilan asasi semua pihak sama ada penjenayah atau orang yang sewajarnya jika terdapat keterangan menjurus…

  • OKT mati dalam tahanan: Setiap kes disiasat teliti – PDRM

    OKT mati dalam tahanan: Setiap kes disiasat teliti – PDRM

    POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius setiap kes kematian dalam tahanan dan mengambil tindakan komprehensif bagi memastikan setiap kes disiasat secara teliti, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad. Katanya, PDRM akan memajukan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi memastikan segala aspek siasatan dilengkapkan dengan mematuhi segala prosedur siasatan berhubung kes…

  • Ops Tapis Khas: Dadah bernilai lebih RM3.5 juta dirampas dalam tempoh tiga hari

    Ops Tapis Khas: Dadah bernilai lebih RM3.5 juta dirampas dalam tempoh tiga hari

    JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas sejumlah 212.6 kilogram (kg) dan 1,199.2 liter pelbagai jenis dadah dianggar bernilai lebih RM3.5 juta, selepas menahan 5,200 orang menerusi Op Tapis Khas di seluruh negara dari 21 hingga 23 Januari. Pengarah JSJN, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka yang ditahan dalam operasi bersama polis kontinjen…

  • Isu saham Azam Baki: Bukit Aman sahkan terima laporan

    Isu saham Azam Baki: Bukit Aman sahkan terima laporan

    POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau bagi urusan pembelian saham. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan malam ini berkata laporan berkenaan juga telah dirujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Pada…

  • Lebih 80,000 ditahan terbabit kes judi – Bukit Aman

    Lebih 80,000 ditahan terbabit kes judi – Bukit Aman

    POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 81,442 individu di seluruh negara yang disyaki terlibat dengan pelbagai kes perjudian bagi tempoh 2019 hingga 31 Okt lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, dalam tempoh yang sama juga, PDRM turut merampas wang tunai lebih RM24 juta dalam serbuan bagi membanteras kegiatan perjudian tanpa lesen. Baca berita…