Tag: bomba

  • Ibu baru bersalin terperangkap dalam banjir

    Ibu baru bersalin terperangkap dalam banjir

    SEORANG ibu bersama bayi 10 hari terperangkap selama lebih satu jam sebelum diselamatkan pasukan bomba selepas rumah mereka dinaiki air banjir di Kampung Binjai, Mukim Tajar, Alor Setar, Kedah. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada…

  • Pemukat ikan korban banjir pertama di Kedah

    Pemukat ikan korban banjir pertama di Kedah

    SEORANG lelaki yang memukat ikan menjadi korban pertama banjir di Kedah selepas lemas di kawasan bendang berhampiran sungai di Kampung Seluang, Jitra, pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata mayat Omar Ismail, 22, ditemui jam 9.20 pagi oleh sepasukan anggota Pasukan…

  • Kereta terbakar, lelaki nyaris maut

    Kereta terbakar, lelaki nyaris maut

    SEORANG lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbakar di Jalan Kem Lok Kawi, Putatan, Penampang, Sabah pagi tadi. Dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun yang memandu PERODUA Aruz dipercayai dari arah Putatan ke Lok Kawi, apabila keretanya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang pembahagi jalan sebelum…

  • [VIDEO] Sembilan anggota bomba maut dalam runtuhan gua

    [VIDEO] Sembilan anggota bomba maut dalam runtuhan gua

    SEMBILAN anggota bomba yang sedang menjalani latihan maut dalam runtuhan bumbung gua berhampiran bandar Altinopolis, Brazil, pada Ahad. Kejadian berlaku ketika sekumpulan 26 anggota bomba dalam latihan di sebuah gua – menurut Jabatan Bomba Sao Paulo menerusi Twitter. “Sembilan maut dan seorang mangsa berjaya diselamatkan. Tiada lagi mangsa di lokasi kejadian,” katanya. Dalam laporan awal,…

  • SOP menyelamat ketika banjir akan ditambah baik

    SOP menyelamat ketika banjir akan ditambah baik

    PROSEDUR operasi standard (SOP) menyelamat ketika musim banjir akan ditambah baik berdasarkan dapatan jawatankuasa siasatan insiden kematian seorang anggota bomba yang rebah dalam banjir ketika bertugas, minggu lepas. Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata selain empat pegawai JBPM, jawatankuasa yang ditubuhkan baru-baru ini itu turut…

  • Lelaki hilang di Sungai Nilah ditemukan

    Lelaki hilang di Sungai Nilah ditemukan

    MAYAT seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar dekat sini petang semalam, ditemukan lewat malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Hafisham Mohd Noor dalam kenyataan berkata mayat mangsa yang dilaporkan terjatuh pada pukul 2.42 petang itu ditemukan sembilan jam selepas itu iaitu pada 11.45…

  • Dewan Negara bertafakur kematian anggota bomba

    Dewan Negara bertafakur kematian anggota bomba

    DEWAN Negara hari ini bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada ahli keluarga Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Diya Che Jusoh, 46 yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, awal pagi tadi. Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah itu, semalam tidak sedarkan diri…

  • [VIDEO] Bangunan belum siap musnah dalam kebakaran

    [VIDEO] Bangunan belum siap musnah dalam kebakaran

    SEBUAH bangunan yang masih dalam pembinaan musnah dalam satu kebakaran di tapak pembinaan Vista Wirajaya 2, Persiaran Pertahanan berhampiran residensi PV 9, Setapak hari ini. Kejadian kira-kira pada pukul 11 pagi itu berlaku di tingkat dua di kawasan tempat letak kereta bangunan tersebut. Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam satu kenyataan berkata, kawasan tempat…

  • Lelaki maut kereta rempuh gajah

    Lelaki maut kereta rempuh gajah

    SEBUAH kereta dinaiki empat individu merempuh seekor gajah menyebabkan seorang terbunuh dalam kejadian di Jalan Pinang, menghala ke Bukit Tongkat , Kluang, Johor, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, mangsa yang meninggal dunia disahkan sebagai Ismail Daud, 37, manakala tiga lagi hanya cedera. Komander Operasi Abd Rahim Razali dari Balai Bomba dan…

  • Peniaga air tebu hampir hancur jari tersepit mesin

    Peniaga air tebu hampir hancur jari tersepit mesin

    SEORANG lelaki hampir hancur jari tangan kirinya selepas tersepit pada mesin air tebu dalam kejadian di Taman Dato’ Shahbandar, Seremban pagi tadi.  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.34 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian bagi membantu lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu yang…