Tag: bola sepak

  • AFF lulus permohonan tukar penjaga gol skuad Harimau Malaya

    AFF lulus permohonan tukar penjaga gol skuad Harimau Malaya

    MALAYSIA boleh menarik nafas lega apabila Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), membenarkan penggantian pemain di posisi penjaga gol skuad kebangsaan pada kempen kejuaraan Piala AFF 2020 di Singapura. Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar, setelah permohonan rasmi badan induk itu untuk menukar pemain di posisi berkenaan diluluskan AFF. Menurutnya, kelulusan…

  • Piala AFF: Cheng Hoe sedia gilir pemain hadapi jadual padat

    Piala AFF: Cheng Hoe sedia gilir pemain hadapi jadual padat

    BEBERAPA pemain skuad kebangsaan mungkin berdepan cabaran baharu beraksi di posisi berbeza pada baki saingan kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura. Ia berikutan, Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe bercadang melakukan penggiliran pemain bagi mengharungi jadual padat saingan peringkat kumpulan, selain faktor kekurangan pemain selepas kehilangan khidmat dua anak buahnya yang disahkan positif COVID-19. Mengetahui pendekatan…

  • Piala AFF: Harimau Malaya benam Kemboja

    Piala AFF: Harimau Malaya benam Kemboja

    MALAYSIA menepati ramalan untuk membenam Kemboja 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B, saingan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura petang ini. Skuad Harimau Malaya beraksi cemerlang untuk menguasai perlawanan bagi meraih tiga mata berharga, walaupun menghadapi serangan balas mencemaskan dari Kemboja. Malaysia, yang menduduki ranking ke-154 dunia, terlebih dahulu melakukan percubaan apabila tandukan Syafiq Ahmad seawal minit kedua, hasil daripada…

  • Final Piala Malaysia: 20,000 tiket dijual Sabtu ini

    Final Piala Malaysia: 20,000 tiket dijual Sabtu ini

    SEBANYAK 20,000 tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijual secara dalam talian di laman sesawang www.tickethotline.com bermula tengah hari, Sabtu ini. Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata tiket tempat duduk terbuka itu dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara…

  • Maloney bangga skuad B-23 raih tiket Piala Asia dengan rekod tanpa kalah

    Maloney bangga skuad B-23 raih tiket Piala Asia dengan rekod tanpa kalah

    KETUA jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) Brad Maloney bangga dengan kejayaan anak buahnya yang berjaya menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022, iaitu kali kedua selepas edisi 2018. Lebih membanggakan, skuad bimbingan jurulatih kelahiran Australia itu mengungguli Kumpulan J pada perlawanan kelayakan berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia dengan rekod tanpa kalah dan…

  • Isu tunggakan cukai KFA: Kedah akan bincang dengan LHDN

    Isu tunggakan cukai KFA: Kedah akan bincang dengan LHDN

    KERAJAAN Negeri Kedah akan mengadakan pertemuan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membincangkan isu tunggakan cukai Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang kini meningkat kepada RM10 juta. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau difahamkan pertemuan itu diatur oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan mungkin berlangsung dalam tempoh terdekat. “Saya dapat maklum balas tak…

  • Program naturalisasi gagal – Shebby

    Program naturalisasi gagal – Shebby

    PROGRAM naturalisasi sememangnya gagal. Walaupun pahit untuk ditelan, demikianlah pandangan jujur bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh terhadap impak barisan pemain naturalisasi yang ‘dicanang’ mampu meningkatkan tahap permainan skuad Harimau Malaya. “Dalam hidup ada kala kita kena mengaku kesilapan, jangan gadai negara semata-mata untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buktikan program naturalisasi ini adalah satu kejayaan. Jika ia tidak berjaya,…

  • Penonton dibenarkan masuk ke stadium

    Penonton dibenarkan masuk ke stadium

    KERAJAAN hari ini mengumumkan berita gembira kepada peminat sukan terutama acara bola sepak apabila mereka dibenarkan hadir menonton perlawanan di stadium atau lokasi pertandingan. Kelonggaran bagi sektor latihan dan sosial itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi negeri Fasa 2 hingga 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Beliau berkata, kerajaan membenarkan kehadiran penonton…

  • Sheriff Tiraspol, pasukan bola sepak ‘tanpa negara’ kejutkan dunia. Ini fakta menarik …

    Sheriff Tiraspol, pasukan bola sepak ‘tanpa negara’ kejutkan dunia. Ini fakta menarik …

    SELAMA dua minggu kelab bola sepak yang dianggap kerdil masyarakat dunia buat kejutan. Minggu lalu pasukan dari Moldova (berdasarkan status UEFA) menewaskan Shakhtar Donetsk dari Ukraine 2 – 0. Minggu ini menewaskan juara 13 kali Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid. Lebih manis kejayaan pasukan hanya mempunyai pengikut di Facebook sebanyak lebih 73,000 pengikut, dilakar di…

  • Tunggakan cukai KFA kini RM10 juta

    Tunggakan cukai KFA kini RM10 juta

    PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu jumlah tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini meningkat kepada RM10 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata jumlah itu diperolehi selepas LHDN menyemak semula dokumen berkaitan penggajian dari…