Tag: BERSATU
-
PRN: Srikandi tubuh UKPS pastikan PN rampas tiga negeri
SAYAP wanita Parti Bersatu, Srikandi mewujudkan Unit Khas Pilihan Raya Srikandi (UKPS) bagi memantapkan lagi gerak kerja dalam usaha membantu Perikatan Nasional (PN) menawan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, selain mengekalkan pentadbiran di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ketua Srikandi Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata berkata Srikandi Bersatu akan memainkan lebih peranan…
-
Barisan peguam bela Muhyiddin
TAN Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa atas enam pertuduhan pada Jumaat akan diwakili barisan peguam diketuai peguam kanan berpengalaman, Datuk K. Kumaraendran. Selain itu turut menganggotai pasukan peguam yang akan membela Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ialah peguam Datuk Rosli Dahlan, Datuk Takiyuddin Hassan, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Mohamad Isa Mohamad Basir, Teh See Khoon…
-
Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya
Radzi Jidin daripada Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selepas Mahkamah Pilihan Raya membenarkan pemimpin Bersatu itu membatalkan petisyen difailkan pengundi kawasan itu. Ketika membenarkan bantahan awal itu, Hakim Faiza Jamaludin berkata, petisyen pilihan raya difailkan Ahmad Faisal Abdul Karim tidak mempunyai fakta, khususnya menyokong dakwaan rasuah bagi memastikan Radzi memenangi kerusi itu.…
-
Muhyiddin persoal proses dakwaan, anggap pemangsaan politik terancang
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Jelas bekas perdana menteri itu lagi, beliau mengetahui keputusan untuk mendakwa dirinya sudah diputuskan oleh kerajaan walaupun siasatan belum dilengkapkan. “Saya dapati keputusan untuk…
-
Muhyiddin reda, yakin kuasa Allah mengatasi fitnah jahat musuh politik
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin reda dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau di mahkamah, sambil menganggapnya sebagai ujian Allah SWT dalam mengharungi cabaran dunia politik yang ramai musuh. Menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai harga yang perlu beliau bayar, bekas Perdana Menteri itu kekal untuk tidak bersekongkol dengan desakan musuh politik yang…
-
Muhyiddin dibenar ikat jamin RM2 juta enam pertuduhan
TAN Sri Muhyiddin Yassin yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta, dibenarkan diikat jamin RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin dengan dua penjamin selain memerintahkan bekas perdana menteri itu menyerahkan…
-
“Saya tidak gentar” – Muhyiddin
TAN Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak gentar dengan pendakwaan yang bakal dihadapinya kerana percaya beliau berada di pihak benar. Beliau berkata, pendakwaan terpilih ke atasnya akan menjadi satu detik permulaan yang amat penting dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran. “Terima kasih atas solidariti parti kita semakin terserlah. Kita tidak gentar (pendakwaan). Ini satu detik…
-
SPRM tidak jumpa sebarang bukti saya terima rasuah, kata Muhyiddin
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menjumpai bukti bahawa beliau menerima sogokan wang dan rasuah selepas hampir lapan jam disoal siasat agensi itu sejak tengah hari tadi. Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya, Muhyiddin kesal apabila bantuan yang disalurkan ketika negara…
-
KP SPRM sahkan Muhyiddin didakwa esok, sumber kata ‘banyak pertuduhan’
KETUA Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, mengesahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok. Setakat laporan ditulis, SPRM masih mengambil keterangan Muhyiddin yang tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, pada 11.15 pagi tadi, lapor Bernama. Malaysiakini memetik sumber sebagai berkata, Muhyiddin akan menghadapi banyak…
-
Muhyiddin tak perlu letak jawatan, kata pemimpin Bersatu
KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu meletakkan jawatan selaku presiden parti itu walaupun dijangka didakwa di mahkamah esok. Beliau percaya pimpinan Bersatu tidak akan bersetuju jika Muhyiddin ingin meletak jawatan. “Tak munasabah untuk beliau letak jawatan. Kalau beliau nak letak jawatan pun kita tak setuju. Ini tuduhan politik,”…