Tag: Batang Kali
-
Tapak perkhemahan tiada lesen – Nga Kor Ming
TIGA tapak perkhemahan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, sehingga mengorbankan 16 nyawa setakat ini disahkan tidak berlesen, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Malaysiakini melaporkan, pengendali tapak perkhemahan itu berdepan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000, jika didapati bersalah. Mengesahkan pengusaha dibenarkan membuka ladang organik, Nga mendakwa mereka…
-
22 mangsa tanah runtuh masih hilang – Bomba
SEKURANG-kurangnya 22 orang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, di Hulu Selangor, awal pagi tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi satu kenyataan berkata, setakat 11.41 pagi, sebanyak 12 orang disahkan meninggal dunia manakala 1 lagi cedera dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu. “Keseluruhan mangsa…
-
Aktiviti perkhemahan di Batang Kali diarah dihentikan serta-merta
SEMUA aktiviti perkhemahan di kawasan Batang Kali diarah dihentikan serta merta. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata beliau sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, untuk menghentikan segala aktiviti perkhemahan. “Kita sudah minta KPD untuk segera keluarkan arahan baru untuk mana-mana pemilik tapak perkhemahan supaya tidak menerima pengunjung…
-
Tanah runtuh: 5 lagi mayat ditemui, 16 maut setakat jam 1 tengah hari
LIMA lagi mangsa kejadian tanah runtuh yang meninggal dunia, ditemui setakat jam 1 tengah hari tadi. Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia ketika ini seramai 16 orang. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata berdasarkan rekod, terdapat 17 lagi mangsa yang sedang dicari. “Pihak polis menggunakan kaedah inkubator dan sistem penyodok…
-
Tanah runtuh: Lebih 20 guru SJKC Mun Choong dan keluarga antara mangsa
Lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dari ibu kota dan ahli keluarga mereka, disahkan antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi. Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong, berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya…
-
Resorts World Genting nasihat pengunjung guna lebuhraya Karak melalui Genting Sempah
RESORTS World Genting menasihatkan pengunjung yang pergi dan balik dari resort itu supaya menggunakan Lebuhraya Karak melalui laluan Genting Sempah susulan insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali. Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan di laman webnya, pengendali resort itu berkata kedua-dua belah jalan masuk ke Resorts World Genting…
-
Tanah runtuh Batang Kali: Angka maut meningkat 13 orang
ANGKA kematian akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands pagi tadi dilaporkan meningkat kepada 13 orang. Angka kematian terkini setakat pukul 11 pagi itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Antara yang maut termasuk kanak-kanak, seorang lelaki dan enam wanita. Menurutnya, tiga daripada tujuh…
-
Mangsa tanah runtuh dengar bunyi seperti letupan, bumi bergerak
SEORANG mangsa tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali awal pagi ini mendakwa mendengar bunyi letupan kuat dan bumi seolah-olah ‘bergerak’ ketika kejadian itu berlaku. Menurut Leong Jim Meng, 57, dia dan keluarganya yang sedang bercuti tidak menyangka kejadian seumpama itu akan berlaku kerana sejak beberapa hari ini…
-
Tanah runtuh Batang Kali: Kanak-kanak 5 tahun antara 9 maut, 25 masih hilang
SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun antara sembilan yang disahkan maut sehingga kini dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi. Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata jumlah kematian terkini itu direkodkan sehingga jam 11 pagi tadi dengan 43 mangsa disahkan selamat. Sehingga kini,…
-
Tanah runtuh: 69 orang dikhuatiri tertimbus di tapak perkhemahan Batang Kali
KIRA-KIRA 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian. “Menurut laporan awal…