Tag: basikal lajak
-
Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah,tidak boleh disabitkan
MAHKAMAH Rayuan diberitahu bahawa sabitan kerani Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan kerana pertuduhan yang dikenakan terhadapnya mempunyai kekurangan. Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili wanita itu berhujah bahawa terdapat penggandaan pertuduhan kerana pendakwa raya telah memasukkan dua kesalahan berbeza dalam pertuduhan…
-
Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Oktober
MAHKAMAH Rayuan menetapkan 13 Okt bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan kerani Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017. Peguam Harvinderjit Singh, seorang daripada peguam yang mewakili Sam, apabila dihubungi berkata tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar…
-
Sri Ram ketuai rayuan kerani wanita kes basikal lajak
BEKAS hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram akan mengetuai barisan peguam untuk mewakili kerani wanita yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu. Peguam Harvinderjit Singh yang akan hadir bersama Sri Ram, berkata kerani terbabit, Sam Ke Ting, memuktamadkan…
-
Kes basikal lajak: Kerani bebas dengan jaminan
SEORANG kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk P. Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan Sam Ke Ting, 27,…
-
Kes basikal lajak: Rayuan pemandu wanita didengar Isnin ini
RAYUAN pemandu wanita terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak lima tahun lalu, akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya, Isnin ini. Menerusi semakan sistem mahkamah, rayuan Sam Ke Ting, 27, akan didengar di hadapan panel hakim Mahkamah Rayuan 3, pada 9…
-
Video tular tunggang basikal lajak secara berbahaya video lama – Polis
POLIS hari ini menjelaskan video tular membabitkan sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang secara berbahaya di Facebook ‘We are Malaysians’, semalam, merupakan video lama. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, semakan oleh polis terhadap video berdurasi lapan saat itu mendapati kejadian sebenar adalah pada sekitar 2016. “Hasil semakan juga mendapati kegiatan penunggang basikal lajak…
-
Sam Ke Ting fail rayuan, mohon tangguh hukuman penjara
SAM Ke Ting yang dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru itu. Memetik laporan FMT, peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar berkata, kedua-dua notis usul kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman difailkan hari ini melalui…
-
Kes basikal lajak: Kerani dipenjara enam tahun denda RM6,000
MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerani selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lepas. Hakim Datuk Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman penjara ke atas Sam Ke Ting, 27, itu bermula hari ini. Wanita itu…
-
Kes langgar mati 8 remaja berbasikal lajak: Kerani dipenjara 6 tahun, denda RM6,000
MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru, Johor, hari ini, memerintahkan seorang kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu. Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan. Responden,…
-
Kes basikal lajak: AGC akan fail rayuan berhubung pembebasan jurujual
JABATAN Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan berhubung pembebasan seorang jurujual daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak empat tahun lepas. Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun ketika dihubungi berkata AGC akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru kepada Mahkamah Tinggi sama ada hari ini atau esok. Semalam, Mahkamah Majistret Johor…