Tag: Banjir
-
62 jalan di Terengganu ditutup kepada semua lalu lintas
SEBANYAK 62 laluan di seluruh negeri ini ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air, berikutan hujan berterusan sejak Ahad lalu. Jalan di daerah Besut mencatatkan penutupan tertinggi menyebabkan daerah itu terputus hubungan antara Kelantan dan Kuala Terengganu, lapor BH Online. Sebanyak 24 jalan utama, termasuk Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, bermula di Kampung Padang Luas…
-
Kekurangan aset sukarkan pasukan penyelamat ke lokasi banjir
POLIS Kontinjen Terengganu mengakui pihaknya kekurangan aset yang boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir terutama pengangkutan bagi kerja memindah dan menyelamat penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata keadaan banjir yang semakin buruk di Terengganu sekarang, menyebabkan pihaknya perlu melakukan kerja menyelamat dengan segera bagi mengelak kejadian tidak…
-
Bekalan elektrik di empat daerah Kelantan diputuskan, banjir semakin buruk
SEBANYAK 94 pencawang elektrik di Kelantan ditutup sementara waktu mulai semalam berikutan hujan lebat dan banjir yang semakin teruk. Semua pencawang berkenaan membabitkan empat daerah iaitu Pasir Mas, dengan jumlah pencawang paling banyak iaitu 59 pencawang, Pasir Puteh (22), Tanah Merah (lapan) dan Kota Bharu (lima). Berikutan itu, bekalan elektrik di daerah terbabit diputuskan sehingga…
-
Enam jalan Pasir Puteh ditutup, dinaiki air melebihi 1 meter
ENAM jalan di Pasir Puteh ditutup selepas dinaiki air melebihi satu meter akibat banjir sejak semalam. Tiga jalan berkenaan adalah jalan utama iaitu Jalan Gaal (Kilometer (KM) 33.5 – TNB Gaal, Kampung Batu Hitam), Jalan Panggong Tiga Daerah (KM 32- Jalan Kota Bharu/ Kuala Terengganu) dan Jalan Gong Chapa. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan…
-
Pahang negeri terbaharu dilanda banjir, Terengganu dan Kelantan rekod mangsa teramai
Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir menjadikan lima negeri kini terjejas banjir selepas Terengganu, Perak, Kelantan dan Johor, setakat pagi ini. Terengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir teramai pagi ini, berbanding malam tadi manakala jumlah mangsa di Johor dan Perak kekal. Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan seramai 40 mangsa…
-
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Perak meningkat
JUMLAH mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Perak mencatatkan peningkatan malam ini manakala di Johor kekal seperti petang tadi. Di KELANTAN, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,642 orang daripada 1,679 keluarga malam ini berbanding 3,320 orang daripada 975 keluarga pada sebelah petang. Menurutnya, sebanyak 58 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan lapan daerah…
-
Banjir: 12 laluan ditutup kepada lalu lintas di Kelantan
SEBANYAK 12 laluan melibatkan empat jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir yang melanda negeri itu setakat pukul 2 petang ini. Menurut portal laman rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui http://bencanaalam.jkr.gov.my, empat laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala lapan laluan lagi ditutup kepada kenderaan ringan sahaja. Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah…
-
Paras air di beberapa sungai di Terengganu meningkat
PENDUDUK di beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan banjir. Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan stesen yang telah mengalami kenaikan air aras bahaya…
-
Mangsa banjir di Bagan Datuk meningkat
BILANGAN mangsa banjir di Perak merekodkan sedikit peningkatan setakat jam 8 pagi ini apabila merekodkan 15 mangsa daripada tujuh keluarga membabitkan daerah Bagan Datuk. Jumlah itu bertambah berbanding jam 6 petang semalam apabila seramai 14 mangsa daripada enam keluarga direkodkan membabitkan daerah sama. Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, satu pusat pemindahan…
-
Mangsa banjir di Terengganu, Pahang berkurang
Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Pahang mencatatkan pengurangan berbanding semalam manakala Perak, Kelantan dan Johor kekal. Di PAHANG, sejumlah 387 mangsa banjir dilaporkan pagi ini berbanding 435 malam tadi, melibatkan tiga daerah masih terjejas banjir iaitu Temerloh dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 210 mangsa, selain Pekan (sebuah PPS, 142 mangsa) dan Bera (dua PPS,…