Tag: Banjir
-
Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal
JUMLAH mangsa banjir di Sabah menurun manakala Johor menunjukkan peningkatan dan Pahang kekal dengan 314 orang, setakat 8 pagi ini. Di SABAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus menurun kepada 1,664 orang daripada 651 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berbanding 1,723 orang daripada 673 keluarga malam tadi. Menurut…
-
Banjir di tiga negeri bertambah buruk, jumlah mangsa terus meningkat
KEADAAN banjir di tiga negeri iaitu Sabah, Johor dan Pahang bertambah buruk berikutan hujan berterusan menyebabkan pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), selain Sarawak menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan keadaan hujan dijangka terus berlaku di beberapa tempat di Kudat, Tawau, Sandakan,…
-
Nenek nekad bawa peti sejuk, mesin basuh ke PPS
SEORANG warga emas nekad membawa perkakas rumah termasuk peti sejuk dan mesin basuh ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Komuniti Kampung Tasek, Gemereh di sini setelah rumahnya dilanda banjir. Khatijah Othman, 75, ingin menyelamatkan peralatan berkenaan setelah kediamannya di Kampung Seberang Batu Badak sering dilanda banjir iaitu pada Januari, November dan Disember tahun lepas,…
-
53 mangsa banjir di Sarawak dipindahkan ke PPS
HUJAN lebat berterusan sejak dua hari lepas menjadi punca beberapa kawasan di daerah Lundu dilanda banjir. Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka jam 2 pagi Khamis bagi menempatkan 53 mangsa daripada 16 ketua isi rumah (KIR). Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan memberitahu PPS tersebut dibuka di Kampung Sebat dan Balai Raya…
-
Henti sementara aktiviti perkhemahan,rekreasi di Kota Tinggi-Polis
ORANG ramai dinasihatkan agar menghentikan sementara sebarang aktiviti perkhemahan dan rekreasi di daerah Kota Tinggi berikutan banjir dan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata ia bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini seperti kejadian sekumpulan individu terperangkap ketika berkhemah di Tanjung Lompat, di sini semalam. “Akibat…
-
Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir,mangsa melonjak 3,612 orang
JUMLAH mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam tadi dengan Batu Pahat menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka, menjadikan keseluruhannya 35 PPS di daerah Kota Tinggi,…
-
Johor dilanda banjir,422 mangsa ditempatkan di lapan PPS
JOHOR mula dilanda banjir dengan seramai 422 mangsa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat 2 petang ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya memaklumkan lapan PPS di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Segamat itu, dibuka secara berperingkat mulai 11 pagi tadi susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi. “Sebanyak…
-
Amaran banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri
PUSAT Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri di seluruh negara. Di Johor, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Batu Pahat (Mukim Sungai Punggor, Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Medan serta kawasan sekitarnya) dan daerah Kota Tinggi…
-
Banjir: 1,709 KIR Pasir Puteh sudah terima BWI
SERAMAI 1,709 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi jajahan Pasir Puteh, sudah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) fasa pertama. Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh Mohd Kamarulzaman Ab Wahab berkata masing-masing KIR, menerima RM1,000 pada Disember 2022. “Pada banjir tahun lalu, seramai 6,533 orang daripada 1,709 keluarga, ditempatkan di 21…
-
PPS dibuka di Sahom, tempatkan 86 mangsa banjir kilat
SEBUAH pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 86 mangsa banjir kilat di Kampung Sahom, Ipoh, Perak, pada tengah malam semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Sahom Kampar telah dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas. “Setakat pukul 11 pagi tadi, terdapat 86 mangsa daripada 23 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat…