Tag: Banjir
-
Jumlah kerugian akibat banjir tahun lalu cecah RM622.4 juta – DOSM
MALAYSIA mengalami jumlah kerugian RM622.4 juta akibat bencana banjir di seluruh negara kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya tahun lalu berbanding RM6.1 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini. Dalam laporan Khas Mengenai Kesan Banjir di Malaysia 2022, jabatan itu memaklumkan kerugian RM622.4 juta tahun lalu adalah bersamaan 0.03 peratus Keluaran…
-
Mangsa banjir di Pahang, Kedah menurun, Johor dan Terengganu kekal
JUMLAH mangsa banjir di Pahang dan Kedah semakin berkurangan pagi ini berbanding malam tadi manakala Johor dan Terengganu kekal, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di empat negeri itu seramai 2,866 mangsa. Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan situasi banjir di negeri itu beransur baik banjir pagi ini dan mangsa berkurangan kepada 2,797 orang daripada 847…
-
Terengganu negeri terbaharu dilanda banjir
Terengganu menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kemaman pagi tadi yang menempatkan 28 mangsa. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan 25 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor manakala tiga mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih.…
-
Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun, Sabah kekal
JUMLAH mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan, manakala di Sabah kekal setakat pagi ini. Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 670 mangsa berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dan lima lagi di Batu Pahat, berbanding 769 mangsa pada 8 malam tadi. Menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, Batu…
-
Pulau Pinang negeri terbaharu dilanda banjir
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan dua pusat penempatan sementara (PPS) dibuka melibatkan daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan hujan lebat lebih dua jam di beberapa kawasan bermula kira-kira 3.30 petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berkata setakat pukul 2 pagi tadi, sebuah PPS dibuka…
-
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, Johor kekal
JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menunjukkan sedikit peningkatan manakala jumlah mangsa di Johor kekal pagi ini. Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir setakat 8 pagi ini meningkat kepada 535 orang daripada 165 keluarga dan ditempatkan di sembilan PPS, berbanding…
-
Kerosakan infrastruktur lebih RM20 juta akibat banjir di Terengganu
KEROSAKAN infrastruktur di seluruh Terengganu akibat banjir besar yang berlaku pada Disember lepas dianggarkan bernilai lebih RM20 juta. Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerosakan infrastruktur termasuk jalan raya dan jambatan manakala Hulu Besut merupakan kawasan yang paling teruk terjejas. “Kerosakan infrastruktur adalah dalam RM20 juta lebih sikit dan ia dalam proses untuk…
-
Mangsa banjir di Johor dan Sabah meningkat sedikit pagi ini
Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di empat daerah meningkat kepada 1,381 orang berbanding 1,379 pada 8 malam tadi. JPBN memaklumkan sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di empat daerah yang menempatkan 379 keluarga. Batu…
-
Mangsa banjir di Johor terus menurun, Pahang dan Sabah kekal
JUMLAH mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan manakala di Pahang dan Sabah kekal setakat 4 petang ini. Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,157 orang berbanding 2,757 orang pada 8 pagi tadi berikutan banjir di daerah Tangkak dan Kluang surut sepenuhnya. Sehubungan itu,…
-
PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan hadapi banjir
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagaimanapun buat masa ini, belum ada keperluan untuk mengerakkan anggota tambahan kerana keupayaan pegawai dan anggota polis di peringkat…