Tag: Banjir kilat
-
Banjir landa JB, satu PPS dibuka
HUJAN lebat lebih dua jam pada 7 malam tadi menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor melibatkan daerah Johor Bahru. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkah ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air. “Kesemua mangsa dari Kampung Paya Kenangan di sini…
-
Lebih 40 rumah terjejas banjir kilat di Melaka
LEBIH 40 buah rumah terjejas dalam bencana banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di tiga daerah di negeri ini susulan hujan lebat sejak pukul tiga pagi tadi. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri berkata, antara kawasan yang dilaporkan terjejas di daerah Melaka Tengah adalah di Bukit Duyong, Permatang Duyong, Semabok dan Solok Bukit Baru Duyong.…
-
Banjir Baling: Kerajaan Kedah sediakan rumah sementara untuk mangsa hilang kediaman
KERAJAAN Negeri Kedah akan membantu menyediakan penempatan sementara bagi menempatkan penghuni daripada sembilan rumah yang musnah dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kupang, Baling, Kedah pada Isnin. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri akan menyewa beberapa rumah untuk didiami, sementara mangsa terlibat dapat mengusahakan membina rumah baharu di…
-
Hujan lebat lebih tiga jam, dua kampung di Kupang dilanda banjir kilat
SEKURANG-kurangnya 20 rumah penduduk di Kupang, Baling Kedah terjejas akibat banjir kilat setelah hujan lebat berterusan lebih tiga jam, petang ini. Antara kawasan terlibat ialah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas yang menerima limpahan air dari sebatang sungai berhampiran. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, hujan dilaporkan bermula kira-kira pukul 2 petang…
-
Dua jam hujan, KL banjir kilat
HUJAN lebat sekitar jam 10.30 pagi dan berterusan hampir dua jam pada Rabu telah menyebabkan beberapa jalan di ibu kota ditakungi air. Menerusi Facebook Polis KL memaklumkan, setakat jam 12.20 tengah hari, sebanyak sembilan lokasi terjejas iaitu Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh/Jalan Rahmat,…
-
Banjir kilat Pontian: 51 masih di PPS, sebuah PPS ditutup
SERAMAI 51 orang mangsa banjir kilat di daerah Pontian masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi, selepas satu PPS ditutup pada Khamis. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bunian yang menempatkan 117 individu daripada 20 buah keluarga ditutup pada pukul 6…
-
Banjir kilat: Lima siren amaran dipasang di ibu negara
LIMA siren amaran akan dipasang di sekitar ibu negara dalam usaha memberi amaran awal kepada warga kota mengenai kemungkinan berlakunya banjir kilat, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias. Siren amaran berkenaan akan dipasang di Lorong Kiri Keramat 15, Terowong Chan Sow Lin, Taman U-Thant, Jalan Sembilan di Kg Cheras Baru dan Sg Kayu Ara, dengan kerja-kerja awal telah…
-
Sungai Siput dilanda banjir kilat
BEBERAPA kawasan sekitar Sungai Siput, Perak dilanda banjir kilat sejak malam tadi susulan hujan lebat tanpa henti selama beberapa jam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata antara kawasan terjejas adalah di Taman Kledang Fasa II, Kampung Che Zainal, dan Kampung Muhibbah yang dinaiki air mencecah paras satu setengah meter. Difahamkan, banjir kilat…
-
Banjir kilat: Tiga kejadian tanah runtuh dilaporkan di ibu negara
SEBANYAK tiga kejadian tanah runtuh dilaporkan susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara petang semalam. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan dua kawasan melibatkan rizab jalan iaitu di 1/27, Taman Gembira dan Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan manakala di Seksyen 6, Wangsa Maju merupakan tanah persendirian. “DBKL…
-
251 mangsa banjir di ibu negara ditempatkan di dua PPS
SERAMAI 251 mangsa banjir dari dua buah kampung di ibu negara dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswati, di Jalan Klang Lama setakat pukul 7 malam tadi. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata seramai 101 orang mangsa dari Kampung Periuk,…