Lebih 40 rumah terjejas banjir kilat di Melaka

0
364

LEBIH 40 buah rumah terjejas dalam bencana banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di tiga daerah di negeri ini susulan hujan lebat sejak pukul tiga pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri berkata, antara kawasan yang dilaporkan terjejas di daerah Melaka Tengah adalah di Bukit Duyong, Permatang Duyong, Semabok dan Solok Bukit Baru Duyong.

Katanya, selain itu adalah di Desa Duyong, Bukit Godek, Taman Sri Duyong 2, Pengkalan Rama Pantai dan Bukit Bayan.

“Di Jasin pula di Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Merlimau Pasir, Kampung Merlimau Barat, Taman Seri Merlimau dan Taman Merlimau Megah.

“Di Alor Gajah, ia melibatkan Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai,” katanya memetik laporan Kosmo!

Mengulas lanjut, pihaknya berkata, bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan bencana itu.

“Anggota APM hanya membantu memindahkan mangsa yang terjejas teruk ke kawasan lebih selamat termasuk ke kediaman saudara-mara mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here