Tag: Banjir kilat
-
Banjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam
BANJIR kilat mungkin melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Berdasarkan notis PRABN yang dikeluarkan 7 pagi ini, kawasan terlibat di Johor ialah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil…
-
Banjir kilat: Laluan kontra diaktifkan di LPT 2
LALUAN kontra sedang diaktifkan antara Bukit Besi ke Ajil di KM392.4 hingga KM394.6 arah utara menghala ke Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berikutan kejadian banjir lumpur di KM393 pagi tadi. LPT2 Sdn Bhd dalam kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan pihaknya sedang memantau situasi di lokasi terbabit dan menasihatkan orang ramai supaya…
-
Bomba selamatkan warga emas terperangkap dalam lori akibat banjir
JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap di dalam lori akibat kejadian banjir kilat di jalan raya berhampiran Sungai Lebam, Penawar di Kota Tinggi, hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar Pegawai Bomba Kanan (PBK) I KUP Abd Rahim Abd Rani berkata lelaki berusia 61 tahun itu diselamatkan kira-kira…
-
Banjir kilat: 134 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS di Raub, Lipis
TUJUH pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini iaitu enam di Raub dan satu di Lipis berikutan banjir kilat akibat hujan lebat malam tadi. Tujuh PPS itu menempatkan seramai 134 mangsa daripada 33 keluarga di dua daerah berkenaan. Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof berkata, satu PPS dibuka di…
-
11 mangsa terjejas banjir kilat
TIGA kanak-kanak daripada tiga keluarga di Kampung Keru, Batu Kikir, Kuala Pilah dekat sini antara 11 mangsa terjejas akibat banjir kilat malam tadi berikutan hujan lebat sejak petang. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam, berkata rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah, menyebabkan air naik dengan…
-
[VIDEO] Hujan lebat jejas beberapa kawasan Lembah Klang
HUJAN lebat berterusan sekitar Lembah Klang sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan dilaporkan terjejas akibat banjir antaranya di Selangor melibatkan Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Klang. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor sebanyak tujuh PPS dibuka sejak awal pagi ini melibatkan perpindahan lebih 800 mangsa daripada kira-kira 200 keluarga.…
-
Banjir kilat di Kampung Laut Skudai
KIRA-kira 20 rumah di Kampung Laut Skudai, Johor, dilanda banjir kilat petang tadi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) menerusi suatu kenyataan berkata, setakat ini belum ada lagi penduduk terjejas banjir kilat yang menyebabkan rumah mereka dinaiki air kira-kira 1.5 meter dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) “Seramai empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta…
-
[VIDEO] Shah Alam, Klang dilanda banjir kilat
BEBERAPA kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat petang ini. Selain SMK Meru, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) berkata, antara kawasan terjejas ialah Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Taman Daya. “Banjir kilat susulan hujan lebat dan aliran parit tersumbat,” menurut kenyataan JBPM Selangor, lapor FMT.…
-
Longkang tersumbat punca banjir kilat di Shah Alam: Bomba
BEBERAPA kawasan di sekitar Shah Alam, Selangor dinaiki air selepas hujan lebat pada petang Selasa, akibat masalah longkang tersumbat. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam telah menjalankan pemantauan kira-kira jam 6 petang di lokasi Taman Sri Muda, Seksyen 25; Kota Kemuning; Seksyen 17 ke Seksyen 24…
-
[VIDEO] Shah Alam dilanda banjir kilat
HUJAN lebat beserta angin kencang melanda Shah Alam, Selangor, petang ini, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat kira-kira jam 3 petang. Hujan yang berterusan sehingga jam 5.30 petang ini dan reda pada jam 6 petang memaksa penduduk di Seksyen 17, Seksyen 18, Seksyen 24, Seksyen 25, Seksyen 32 dan Kampung Padang Jawa berada dalam keadaan…