[VIDEO] Shah Alam, Klang dilanda banjir kilat

0
359

BEBERAPA kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat petang ini.

Selain SMK Meru, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) berkata, antara kawasan terjejas ialah Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Taman Daya.

“Banjir kilat susulan hujan lebat dan aliran parit tersumbat,” menurut kenyataan JBPM Selangor, lapor FMT.

Tetapi, paras air semakin surut dan tiada penduduk di kawasan terjejas yang dipindahkan.

Klang merupakan antara daerah yang tersenarai dalam notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kementerian Alam Sekitar dan Air pada Khamis.

Menurut notis tersebut, antara lokasi yang berisiko dilanda banjir kilat di Klang termasuk Kampung Teluk Gong, Taman Daya Meru dan Pekan Meru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here