Tag: bakar rumah
-
Anak gagal bayar hutang, ibu bapa diugut along
SEPASANG suami isteri hidup dalam ketakutan selepas diugut beberapa pemberi pinjaman wang secara haram atau “along” kerana tindakan anak lelakinya yang gagal membuat bayaran selepas meminjam wang daripada pihak terbabit. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Miss Khong, 54, menyatakan dia dan suaminya menerima ugutan termasuk mahu membakar kediaman mereka di Taman Desa Pengkalan selain menyimbah najis ke rumah itu…
-
Gaduh dengan isteri, bakar rumah sendiri
SEORANG lelaki melecur di bahagian badan selepas bertindak membakar rumahnya sendiri dalam kejadian di Kampung Kiukad Lotong, Tambunan, Keningau, Sabah, pada malam Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 62 tahun terbabit bertindak sedemikian selepas berselisih faham dengan isterinya. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, polis menerima panggilan…
-
Lelaki bakar rumah diburu polis
SEORANG lelaki yang dipercayai penagih dadah diburu polis kerana disyaki membakar sebuah rumah di Kampung Keruak di Hulu Besut, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 40an itu dipercayai sedang bersembunyi di dalam hutan di sekitar kampung tersebut selepas melakukan perbuatan khianat itu kira-kira pukul 4 petang. “Polis…
-
Lelaki kurang siuman bakar rumah sendiri
POLIS menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman kerana dipercayai membakar kediamannya di Blok 8, Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu negara, sebelum kebakaran merebak ke dua unit lain, semalam. Kebakaran membabitkan tiga unit rumah di nombor 1, 2 dan 3 di tingkat empat blok rumah pangsa berkenaan. Ketika polis tiba di lokasi…
-
Penganggur ugut bakar rumah dipenjara lima bulan
SEORANG penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kulai, Johor hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan untuk membakar rumah seorang individu di Taman Putri Kulai, September lepas. Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Teng Chee Sing, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun melalui panggilan…