Tag: ampang
-
Lima pelajar sekolah dalang curi EX5 ditahan
LIMA remaja lelaki bawah umur ditahan selepas disyaki menjadi dalang dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah Ampang Jaya. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kesemua lima remaja berusia antara 14 hingga 16 tahun itu ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar daerah Ampang Jaya bermula jam 6.30 petang hingga…
-
49 warga asing miliki dokumen palsu ditahan
SERAMAI 49 warga asing ditahan Jabatan Imigresen atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan dan mempunyai dokumen disyaki palsu dalam operasi di sebuah kondominium di Ampang, tengah malam Jumaat. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohsin berkata, seramai 205 warga asing dari Afghanistan, Libya dan India berumur antara enam bulan dan 68 tahun diperiksa…
-
Penghuni 15 rumah di Bukit Permai dinasihat pindah – Polis
POLIS menasihatkan penduduk di 15 rumah di Jalan Bukit Permai 1, Ampang, Selangor untuk mengosongkan kediaman dan berpindah sementara susulan berlaku gelongsoran tanah baharu semalam di kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata gelongsoran tanah agak besar itu dikesan berlaku pada 7 malam, namun tidak membabitkan…
-
Tanah runtuh: Bunyi siren kuat selamatkan penduduk
BUNYI siren yang kuat memberi amaran kepada komuniti penduduk setempat bagi menyelamatkan diri ke tempat yang lebih selamat, berjaya mengelakkan lebih ramai mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, Selangor, semalam. Seorang pekerja swasta dalam sektor perbankan Natasha Alya Saifudin, 26, berkata beliau seakan tidak percaya kawasan perumahan yang didiami selama 20 tahun…
-
Tanah runtuh: Mangsa keempat, kelima ditemukan meninggal dunia
MANGSA keempat dan kelima tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini, ditemukan dan disahkan meninggal dunia. Kedua-kedua lelaki itu merupakan korban ketiga dan keempat dalam insiden tanah runtuh. Sebelum itu seorang wanita warga emas dan seorang lelaki turut maut manakala seorang lelaki cedera. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua mangsa…
-
[VIDEO] Pemandu lori rempuh tiga kenderaan disahkan positif dadah
PEMANDU lori yang ditahan selepas merempuh tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bukit Permai, Ampang Jaya, Selangor, semalam disahkan positif dadah. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, pemandu lori terbabit dan orang awam yang berada di tempat kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk…
-
Banjir kilat di Ampang – dipercayai akibat projek lebuh raya
BANJIR kilat susulan hujan lebat di sekitar Ampang Jaya semalam dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan lebuh raya di kawasan berhampiran, yang mengakibatkan tanah lumpur memasuki sungai dan saliran air. Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata tanah dan lumpur daripada projek pembinaan itu terlonggok di dalam longkang dan sungai mengakibatkan saliran itu menjadi cetek lalu menyebabkan…
-
[VIDEO] 743 mangsa di pusat pemindahan sementara susulan banjir di Ampang
TIGA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor susulan banjir yang berlaku, malam tadi. PPS berkenaan terletak di Pangsapuri Desa Lembah Permai, Ampang; Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sungai Serai dan Kompleks Penghulu Mukim Cheras Batu 10. Wakil Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’ai, berkata setakat jam…
-
Beberapa kawasan sekitar Ampang dilanda banjir kilat
BEBERAPA kawasan di sekitar Ampang, Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama lebih satu jam lewat petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata kawasan yang terlibat adalah Jalan Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan yang dinaiki air setinggi 1.5 meter akibat limpahan air dari longkang berhampiran kawasan berkenaan.…
-
Pengasuh ditahan kes dera kanak-kanak autisme
SEORANG pengasuh wanita ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) autisme di sebuah pusat asuhan di Ampang, Selangor. semalam. Dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, pihak polis telah menerima satu laporan daripada bapa kepada kanak-kanak berusia enam tahun berkenaan pada Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa…