Tag: Amaran
-
Hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga esok
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya yang dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu hingga esok (Sabtu). MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. “Di Terengganu melibatkan daerah…
-
Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu bermula 7 Disember
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di dua negeri bermula 7 hingga 9 Dis. MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Amaran hujan berterusan…
-
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 5 petang ini
JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri di seluruh negara sehingga jam 5 petang ini. Amaran itu dikeluarkan susulan terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. MetMalaysia dalam kenyataan jam 1 tengah hari tadi, berkata ribut…
-
Waspada amaran hujan berterusan tahap buruk
JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di dua kawasan dan amaran hujan tahap waspada di sembilan kawasan sehingga esok. Menurut kenyataan MetMalaysia hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Rompin, Pahang dan Mersing, Johor. “Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu serta Kuantan dan Pekan di Pahang,” katanya.…
-
Amaran hujan berterusan hingga malam ini
JABATAN Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa tempat di seluruh negara hingga malam ini. METMalaysia dalam satu kenyataan di Telegram memaklumkan, amaran dikeluarkan meramalkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan WP Labuan. Di…
-
Aras air Sungai Gombak pada paras bahaya
MENTERI Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memuat naik amaran berkaitan dengan aras air sungai susulan hujan lebat pagi tadi sekitar Lembah Klang. Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Tuan Ibrahim memaklumkan bahawa aras air dalam peringkat bahaya setakat kemaskini jam 6.30 pagi Rabu. Ia melibatkan Lembangan Sungai Klang, Sub Lembangan Sungai…
-
Tolak BN: Takiyuddin tak perlu beri ‘amaran’ pada Bersatu, kata Razali
ANGGOTA Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Razali Idris berkata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak perlu memberi amaran berhubung perbezaan pendirian kedua-dua parti itu dalam hubungan dengan UMNO-BN. Razali berkata ini kerana Bersatu tidak pernah memberi sebarang amaran kepada PAS untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO. “Saya rasa Takiyuddin tak perlu beri amaran…
-
Penduduk Klang diminta waspada amaran air pasang besar bermula bulan ini hingga Disember
Penduduk daerah Klang diingatkan untuk berwaspada dengan fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku bermula September hingga Disember ini. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataan di Facebook berkata, fenomena terbabit boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban. Katanya, bacaan paras air laut di Stesen Pelabuhan Klang diramalkan mencecah paras tertinggi…
-
Hujan lebat dijangka berterusan di Johor, Pahang sehingga esok
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok (4 Jan). Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini memaklumkan daerah yang terlibat ialah Rompin di Pahang dan Mersing di Johor. Sementara itu, kenyataan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap kuning yang diramal berlaku di Kemaman (Terengganu), Maran, Kuantan, Bera,…
-
Ada sebab Siti Nordiana hasilkan Amaran, tak sindir sesiapa pun
BARU sahaja melancarkan lagu Amaran baru-baru ini sudah ada pihak yang menganggap lagu itu mempunyai mesej ‘panas’ yang ditujukan kepada segelintir pihak. Menafikan perkara berkenaan, Siti Nordiana menegaskan yang dia tidak menyindir mana-mana pihak termasuklah mereka yang disaman olehnya baru-baru ini. “Apabila saya muat naik teaser lagu ni di Instagram, saya agak terkejut juga kerana…