Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu bermula 7 Disember

0
104

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di dua negeri bermula 7 hingga 9 Dis.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Amaran hujan berterusan (waspada)┬ádikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.–Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here