Tag: amang seksual

  • Pelayan restoran mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual fizikal

    Pelayan restoran mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual fizikal

    SEORANG pelayan restoran warga India mangaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun. Tertuduh, Sunil Kumar, 35, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba punggung seorang…

  • Kes amang seksual pendakwah selebriti sudah dirujuk timbalan pendakwa raya

    Kes amang seksual pendakwah selebriti sudah dirujuk timbalan pendakwa raya

    POLIS sudah merujuk dua kertas siasatan membabitkan pendakwah selebriti berusia 40-an yang ditahan reman berkaitan kes amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki kepada timbalan pendakwa raya. Sumber berkata, dua kertas siasatan itu membabitkan laporan yang dibuat mangsa di Selangor dan Negeri Sembilan. Katanya, tempoh reman ke atas pendakwah selebriti berkenaan di Negeri Sembilan juga sudah tamat kelmarin.…

  • Selebriti popular disiasat kes amang seksual, JAIS masih tunggu laporan lengkap

    Selebriti popular disiasat kes amang seksual, JAIS masih tunggu laporan lengkap

    JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) masih menunggu laporan lengkap berhubung seorang selebriti lelaki yang direman enam hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal yang didakwa dilakukannya terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur. Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata pihaknya maklum mengenai kes selebriti itu dan laporan lengkap berhubung kejadian membabitkan pelajar tahfiz berkenaan…

  • Imam hadapi 12 tuduhan, rogol, liwat dan amang seksual adik ipar

    Imam hadapi 12 tuduhan, rogol, liwat dan amang seksual adik ipar

    SEORANG imam dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas 12 pertuduhan, termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya sejak mangsa berusia sembilan tahun, di antara September 2017 hingga Jun tahun ini. Tertuduh berusia 40 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang didakwa dilakukan…

  • Komunikasi seksual: Kes Safiey Ilias dipindah ke Mahkamah Ampang

    Komunikasi seksual: Kes Safiey Ilias dipindah ke Mahkamah Ampang

    MAHKAMAH Sesyen di sini hari ini menetapkan 27 Okt depan untuk sebutan kes usahawan kosmetik Safiey Ilias yang didakwa atas dua pertuduhan termasuk melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram. Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurhashimah Hashim memohon tarikh sebutan seterusnya untuk…

  • Saksi nafi Bella mangsa amang seksual

    Saksi nafi Bella mangsa amang seksual

    SAKSI pendakwaan ke-12 kes Bella, menafikan remaja sindrom down itu pernah menjadi mangsa amang seksual sebelum diletakkan di bawah penjagaan sementara Siti Bainun Ahd Razali. Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, berkata demikian ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor, mewakili Siti Bainun, yang didakwa mengabaikan…

  • Budak 13 tahun ugut rakan lakukan amang seksual ditahan

    Budak 13 tahun ugut rakan lakukan amang seksual ditahan

    SEORANG murid lelaki Tingkatan 1 ditahan selepas mengugut seorang murid Tahun 4 dengan sebilah pisau gara-gara kemahuan melakukan amang seksual ditolak dalam satu kejadian di dalam sebuah kereta dekat Gurun, Kedah, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada bapa mangsa pada pukul 7.17 malam.…

  • Dakwaan warga emas cabul kanak-kanak disahkan polis tidak benar

    Dakwaan warga emas cabul kanak-kanak disahkan polis tidak benar

    POLIS mengesahkan dakwaan terdapat kejadian cabul kanak-kanak perempuan melibatkan seorang warga emas di Taman Semilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang melibatkan warga emas seperti yang tular di media sosial Facebook adalah tidak benar. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima dua laporan yang dibuat suspek sendiri yang menafikan…

  • Amang seksual: Guru diperintah bela diri

    Amang seksual: Guru diperintah bela diri

    MAHKAMAH Rayuan Putrajaya pada Selasa memerintahkan seorang guru membela diri atas pertuduhan memaksa tiga murid perempuan melakukan seks oral terhadapnya hampir enam tahun lepas. Panel tiga hakim itu terdiri daripada Hakim Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Ghazali Cha. Panel itu membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan mahkamah rendah yang melepas…

  • Imam mengaku tidak salah lakukan amang seksual, bogel depan kanak-kanak

    Imam mengaku tidak salah lakukan amang seksual, bogel depan kanak-kanak

    SEORANG imam didakwa di Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan kesalahan seksual termasuk berbogel di depan kanak-kanak perempuan, bulan lalu.  Utusan Malaysia melaporkan, tertuduh yang berusia 60 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus selepas tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.  Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan imam di…