Saksi nafi Bella mangsa amang seksual

0
274

SAKSI pendakwaan ke-12 kes Bella, menafikan remaja sindrom down itu pernah menjadi mangsa amang seksual sebelum diletakkan di bawah penjagaan sementara Siti Bainun Ahd Razali.

Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, berkata demikian ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor, mewakili Siti Bainun, yang didakwa mengabaikan dan mendera remaja itu, di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Berikut adalah sesi pemeriksaan balas antara Nur A’minahtul dan Mohamad Imran:

Nur A’minahtul: Encik Imran patut tahu apa yang berlaku pada Bella sebelum diserahkan kepada Siti Bainun sebelum dan selepas?

Mohamad Imran: Betul

Nur A’minahtul: Ini cadangan kepada pembelaan ya, Encik Imran telah diceritakan oleh Siti Bainun bagaimana keadaan Bella apabila duduk dengan Siti Bainun sepanjang tempoh tiga bulan perintah sementara.

Mohamad Imran: Setuju

Nur A’minahtul: Antara lainnya, Encik Imran dimaklumkan bahawa Bella menjadi mangsa amang seksual?

Mohamad Imran: Tidak betul

Nur A’minahtul: Individu yang membuatnya adalah seseorang yang dipanggil ustaz atau pun pakcik di tempat kediaman Bella sebelum (ditempatkan) di rumah Siti Bainun

Mohamad Imran: Tak setuju

Nur A’minahtul: Kerana itu, Siti Bainun concern (prihatin) dan bertanya kepada Encik Imran kenapa Bella suka bercakap tentang perkahwinan dan sarung cincin?

Mohamad Imran: Tak setuju

Nur A’minahtul: Bella juga semasa rakaman CIC (Pusat Temuduga Kanak-Kanak) menyebut tentang ustaz ini.

Mohamad Imran: Tak tahu

Nur A’minahtul: Setiap kali Bella nampak individu seakan pakcik atau ustaz, Bella akan menutup kemaluannya dengan menggunakan kedua-dua tangan, Encik Imran tahu perkara ini?

Mohamad Imran: Tak setuju

Nur A’minahtul: Kerana itu, Encik Imran syor perintah tetap antara lainnya syornya (hal penjagaan) diberikan pada Siti Bainun, antara sebabnya tentang isu ini.

Mohamad Imran: Tak setuju

Pada prosiding terdahulu, Mohamad Imran memberitahu, dia tidak pernah bersetuju Bella diletakkan di bawah jagaan Siti Bainun kerana tidak mengenali secara peribadi dan tidak mengetahui latar belakang pengasas Rumah Bonda berkenaan, lapor BH Online.

Bagaimanapun, saksi itu berkata, mahkamah membenarkan perintah jagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun.

Katanya, Bella sebelum ini ditempatkan di JKM di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban, Negeri Sembilan, sejak tahun 2011 hingga 2020 sebelum Siti Bainun menjaga remaja itu.

Perintah jagaan sementara itu bermula 14 Julai 2020 hingga 20 September 2020, manakala hak penjagaan tetap bermula 24 September 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here