Tag: Aliff syukri
-
Aliff Syukri mengaku tidak bersalah muat naik kandungan video sumbang
USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya pada April lepas. Aliff Syukri, 35, didakwa membuat penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi akaun Instagram aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21…
-
Aliff Syukri didakwa 4 pertuduhan kes video bersifat sumbang
USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April lalu. Aliff Syukri yang juga orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Rizki…
-
Khutbah Jumaat Jakim tegur Aliff Syukri?
DALAM keghairahan meraikan sambutan hari raya, umat Islam diingatkan supaya tidak mencemarinya dengan perkara maksiat dan mungkar. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib Masjid Negara, mengingatkan umat Islam untuk tidak menormalisasikan perbuatan yang haram. “Jangan normalisasikan perbuatan yang haram. Haram tetap haram! Paling ditakutkan ialah mengundang laknat dari Rasulullah.…
-
Kementerian tidak boleh sekat serta-merta video raya Aliff Shukri – Annuar
WALAUPUN video Aidilfitri Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima kecaman banyak pihak yang mendakwa kandungannya mencolok mata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mempunyai hak untuk menyekat serta-merta. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya perlu melengkapkan siasatan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut boleh diambil. “Kita tak boleh sekat sebab nanti orang saman kita.…
-
‘Maaflah kalau tersinggung dengan video lagu saya’ – Aliff Syukri
USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, merayu semua pihak tidak mengaitkan ahli keluarganya dalam isu video Aidilfitri mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini. Beliau juga turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu. “Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu saya, video saya dan saya nak minta maaf banyak-banyak.…
-
Video muzik kontroversi, Aliff Syukri hadir beri keterangan di SKMM
USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hari ini dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik sempena Aldilfitri. Beliau tiba di perkarangan SKMM pada jam 9.58 pagi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar panjang berwarna hitam dengan diiringi dua individu. “Maaf ya, saya kena…
-
YADIM tegur Aliff Syukri promosi LGBT
SEJAK melancarkan lagu Kelepok Raya kurang seminggu yang lalu, nama usahawan Datuk Aliff Syukri panas apabila dikatakan mempromosikan budaya songsang kepada masyarakat. Terbaru, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) turut meluahkan rasa kesal berhubung muzik video lagu raya yang dianggap kurang sesuai dengan masyarakat Islam di sini. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, video muzik…
-
Idris mahu jumpa Aliff Syukri isu video kontroversi
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkaitan video muzik sempena Aidilfitri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Idris berkata, sekiranya berpeluang beliau mahu bertemu mata dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ukhwah sesama Islam bagi berbincang pelbagai perkara. Katanya,…
-
[VIDEO] Rozita malu dengan lagu anak sendiri
SETELAH tampil dikecam netizen gara-gara memaparkan sedikit sedutan lagu raya berjudul Kelepak Kelepuk Raya, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi mangsa sindiran ibu sendiri. Ibu kepada Aliff, Rozita Ibrahim bukan sahaja menempelak lagu raya yang memaparkan tiga penari lelaki lembut, malah mengingatkan anaknya tentang perasaan malu. “Mak marah, kelepak kelepuk. Jangan nak acah-acah…
-
Aliff Syukri rugi 400 pokok durian musang king mati
USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit apabila tanaman durian jenis musang king yang diusahakan tidak menjadi. Dalam satu perkongsian yang dibuat, dia memaklumkan sebanyak 400 pokok yang ditanam mati tanpa memperincikan apakah sebab utamanya. “Kini durian saya dah 5 bulan.. syukur walapun lebih 400 pokok durian saya mati tapi saya…