Tag: al-quran
-
Mana 1 juta al-Quran, soal Ahli Parlimen PAS
SEORANG Ahli Parlimen PAS mempersoalkan status percetakan sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Januari lalu. Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berkata, Anwar membuat pengumuman itu awal tahun lalu sebagai tindak balas terhadap tindakan seorang ahli politik berhaluan kanan Sweden, Ramus Paludan, yang membakar kitab itu ketika tunjuk perasaan…
-
Buang al-Quran: Polis selesai ambil keterangan 14 individu
SERAMAI 14 individu termasuk tiga penerbit dan tiga pencetak telah pun selesai memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang ke dalam longkang berhampiran tasik lombong di Jinjang, di sini, bulan lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata polis kini masih dalam proses melengkapkan siasatan kes berkenaan dan sedang…
-
13 al-Quran dalam longkang, lapan individu diambil keterangan bantu siasatan
POLIS selesai mengambil keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai sengaja dibuang individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas (18 Feb). Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata lapan individu itu termasuk mereka yang ada dalam video tular berhubung…
-
KDN rampas al-Quran, bahan cetak bernilai RM100,000
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) merampas 1,907 naskhah al-Quran dan 2,060 bahan bacaan bercetak mengandungi ayat daripada kitab suci itu bernilai RM100,000 dalam Ops Mulia di Bukit Mertajam, bulan lepas. Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata kesemua al-Quran dan bahan bacaan itu dirampas kerana tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Al-Quran (LPPPQ)…
-
1,000 orang berarak ke Kedutaan Sweden bantah tindakan bakar al-Quran
HAMPIR 1,000 orang hadir berhimpun dan berarak ke Kedutaan Sweden, hari ini bagi mengutuk tindakan pelampau sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar al-Quran, baru-baru ini. Mereka yang hadir berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas selesai solat Jumaat, sambil melaungkan ‘Jahanam Sweden’, ‘Hidup Islam’ dan ‘Bangkit Melayu’. Turut serta dalam himpunan dan perarakan ini adalah Timbalan…
-
Iran, Kuwait, Pakistan kecam keputusan benarkan bakal Al-Quran
BEBERAPA negara mengecam keputusan membenarkan pembakaran al-Quran oleh pelampau sayap kanan Sweden-Denmark serta menyifatkannya sebagai percubaan untuk mencetuskan kebencian dan keganasan. Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan menyatakan Eropah berselindung di sebalik kebebasan bersuara dengan “membenarkan unsur ekstremis dan radikal menyebarkan kebencian.” Jurucakap kementerian itu Nasser Kanaani berkata umat Islam di seluruh dunia mengharapkan kerajaan Sweden untuk “mencegah” kejadian seperti…
-
Al-Quran sering dibaca tak rosak ditenggelami banjir
SEORANG pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terkejut apabila sebuah al-Quran yang diletakkan di dalam almari di rumahnya tidak basah walaupun ditenggelami banjir. Lagi membuatkan Zahaitun Mahani Zakariah, 54, sebak ialah al-Quran yang sering dibaca beliau itu sedikitpun tidak rosak malah ia kering sebagaimana sebelum banjir melanda kediamannya sejak Selasa minggu lalu. Menurut Pensyarah Marin Biologi…
-
Polis tahan wanita bakar Al-Quran di Ampang
POLIS menahan seorang wanita yang disyaki membakar helaian dua naskhah al-Quran di laluan tangga tempat letak kereta sebuah premis di Jalan Ampang, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan di lokasi kejadian pada 2 pagi selepas…
-
Bakar al-Quran tindakan melampau – Idris
PERBUATAN ekstrem membakar al-Quran oleh seorang pemimpin parti politik di Sweden disifatkan sebagai tindakan melampau yang tidak sepatutnya dilakukan seorang berpengaruh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata mereka yang beragama lain sepatutnya menghormati agama Islam. “Perbuatan itu (membakar al-Quran) tidak seharusnya berlaku, pada kita yang beragama Islam pun tidak…
-
25 tan al-Quran rosak akibat banjir diterima JAWI sehingga kini
SEBANYAK 25.28 tan metrik al-Quran rosak akibat banjir di beberapa kawasan baru-baru ini diterima Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dilupuskan sehingga kini. Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, al-Quran rosak itu diterima daripada individu, sekolah, dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWcorp). “Insya-Allah, JAWI akan membuat inisiatif kempen sumbangan atau wakaf al-Quran dengan kerjasama masjid…