Bakar al-Quran tindakan melampau – Idris

0
192

PERBUATAN ekstrem membakar al-Quran oleh seorang pemimpin parti politik di Sweden disifatkan sebagai tindakan melampau yang tidak sepatutnya dilakukan seorang berpengaruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata mereka yang beragama lain sepatutnya menghormati agama Islam.

“Perbuatan itu (membakar al-Quran) tidak seharusnya berlaku, pada kita yang beragama Islam pun tidak boleh membakar kitab lain, malah tidak boleh menghina agama mereka.

“Mereka yang beragama lain sepatutnya menghormati agama Islam, jangan ada sifat provokasi kerana orang Islam mempunyai sensitiviti dalam perkara ini,” katanya pada sidang media selepas Majllis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Kelantan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, di sini malam tadi.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ekstrem seorang pemimpin parti politik di Sweden yang membakar senaskhah al-Quran Khamis lepas.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here