Tag: 1mdb
-
RM2.23 bilion dimasukkan ke akaun Najib oleh syarikat berkaitan Jho Low, Putra Faisal – Saksi
SEORANG pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa RM2.23 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak dari 2011 hingga 2013 oleh tiga pihak, termasuk dua syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank Yap Wai Keat, 57,…
-
‘Tiada amaran ketika dana RM2.03 bilion dipindah dari akaun Najib’
TIADA tanda amaran dikeluarkan berhubung pemindahan keluar AS$620 juta (RM2.03 billion) daripada akaun Datuk Seri Najib Razak pada 2013, kata pengurus AmBank Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi. Kata saksi ke-37 pihak pendakwaan, ia menjadi sebab kenapa transaksi melibatkan bekas perdana menteri itu tidak diberhentikan. Dia berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah…
-
Bicara 1MDB: Ambank, kerajaan capai perjanjian
MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu terdapat perjanjian penyelesaian berjumlah RM2.83 bilion di antara Ambank dan Kerajaan Malaysia, berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, berkata perjanjian penyelesaian membabitkan akaun 1MDB di Ambank, dan ia dibuat bagi membolehkan bank berkenaan tidak dikaitkan dengan isu syarikat pelaburan…
-
RM843 juta dana 1MDB ‘dicuci’ dalam perusahaan minyak di Venezuela – Pendakwaan
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa sebahagian daripada AS$340 juta (RM1.54 bilion) dana 1MDB disalurkan ke perusahaan penerokaan dan cari gali minyak melibatkan entiti yang dikaitkan dengan Petrosaudi International Limited (PSI) dan kerajaan Venezuela. Memetik laporan Malaysiakini, Timbalan pendakwa raya, Norinna Bahadun membuat hujahan lisan hari ini pada perbicaraan melibatkan tindakan undang-undang oleh kerajaan yang…
-
Alami masalah kesihatan, perbicaraan 1MDB Najib ditangguh
BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam kerana menghadapi masalah kesihatan ekoran tekanan darah. Sehubungan itu lapor Malaysiakini, perbicaraan rasuah 1MDB RM2.28 bilion membabitkan Najib pagi ini telah dikosongkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ketika prosiding mahkamah di hadapan hakim perbicaraan Datuk Collin Lawrence Sequerah, peguam bela utama…
-
Najib tarik balik saman terhadap Kerajaan Malaysia
DATUK Seri Najib Razak menarik balik saman terhadap Kerajaan Malaysia yang didakwa mengemukakan pertuduhan ke atas beliau secara salah dalam beberapa kes, termasuk penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bagaimanapun, tuntutan saman sama yang difailkan Najib terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa menyalahgunakan kuasa dengan mendakwa bekas Perdana Menteri itu secara…
-
Najib lantik Nik Faisal pemegang mandat lima akaun peribadi-Pegawai bank
MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil sebagai pemegang mandat bagi lima akaun AmIslamic Bank miliknya. Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 43, berkata bekas Perdana Menteri itu melantik Nik Faisal…
-
RM60.6 juta masuk akaun peribadi Najib pada 2011 – Pegawai bank
MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wang berjumlah RM60.6 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Tun Razak dalam dua transaksi pada 2011. Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 43, berkata berdasarkan penyata akaun berakhir nombor 694, kemasukan wang RM30,449,929.97 ke dalam akaun bekas…
-
Had dua kad kredit Najib berjumlah RM3 juta, belanja lebih RM100,000 pada 2011 – Pegawai bank
MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai dua kad kredit dengan gabungan had sebanyak RM3 juta dipercayai antara had kredit tertinggi yang pernah diberikan oleh AmBank. Bekas Naib Presiden Jabatan Pengurusan Penipuan Perbankan Runcit AmBank Yeoh Eng Leong, 61, berkata Najib telah membelanjakan RM103,948.63 dengan dua kad,…