Category: Semasa
-
Buat tuntutan palsu Penjana Kerjaya, 47 pengarah syarikat ditahan
SERAMAI 47 pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan palsu berkait program insentif pengambilan pekerja dan program latihan (Penjana Kerjaya). Penahanan itu melibatkan 14 wanita dan 33 lelaki berusia 30 hingga 70 tahun itu menerusi Ops Hire 2.0 di seluruh negara sejak petang semalam kerana mengemukakan tuntutan kepada Perkeso, kononnya mengendalikan program…
-
Kalimah Allah:Menteri Dalam Negeri, PM perlu beri penjelasan
TINDAKAN Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian semalam terus mengundang bantahan. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim turut mempersoalkan keputusan tersebut dan menuntut penjelasan yang tepat kepada rakyat berhubung perkara berkenaan kerana isu itu…
-
Pemandu rentung dalam kemalangan tiga lori balak
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEORANG pemandu rentung selepas terlibat dalam nahas melibatkan tiga lori bawa muatan kayu balak di Jalan Utama, Kampung Temehel, Yong Peng, Batu Pahat pagi tadi. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan yang berlaku berhampiran Klinik Kesihatan Yong Peng pada pukul 3.14 pagi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat…
-
Tindakan tarik semula rayuan kalimah Allah melampau dan biadab
Oleh RIZQI ZABIDI TINDAKAN kerajaan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah disifatkan sebagai melampau dan biadab. Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara, Irwan Fahmi Ideris berkata, pihaknya mengecam keras tindakan itu kerana ia dilihat seolah-olah mencabar kedudukan agama Islam. Katanya, hal agama Islam tidak…
-
Feri terkandas, syarikat persoal bantuan agensi kerajaan
Oleh BADLISHAH MAT SERAMAI 140 penumpang feri dari Pulau Langkawi, Kedah ke Kuala Perlis terkandas pada jarak 0.9 kilometer dari Terminal Penumpang Kuala Perlis sekitar pukul 7 petang semalam. Kejadian berlaku kira-kira 2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis dan para penumpang terpaksa menunggu hampir lima jam sebelum feri tersebut yang terpaksa ditunda tiba ke…
-
Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska
POLIS sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam susulan menerima satu video tular di WhatsApp. “Video tersebut menunjukkan seorang perempuan telah mengasari seorang bayi yang umurnya tidak pasti.…
-
Kalimah Allah : Dr.Zulkifli minta Saifuddin beri penjelasan kepada umum
ALIM Ulama dan Peguam Islam mula bersuara bagi melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan Kerajaan Madani melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan mengenai penggunaan kalimah Allah dałam kitab agama lain selain Islam. Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui Facebook beliau, meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi penjelasan kepada umum…
-
‘Apa salah jika Azalina dedah laporan siasatan pegawai Sivakumar’
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said digesa mendedahkan laporan siasatan rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pegawai Menteri Sumber Manusia V Sivakumar kepada umum. Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu S Subramaniam berkata ini selepas Sivakumar memaklumkan dia telah memecat kakitangannya, termasuk para pegawai yang terbabit…
-
Kes lelaki mati ditembak di Serdang ada kaitan gengsterisme, dendam
EMPAT lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes tembak melibatkan kematian seorang lelaki di sekitar Bandar Kinrara, Puchong, Khamis lalu. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata semua suspek ditahan masing-masing berumur 30 hingga 40-an itu kini direman hingga 18 Mei untuk membantu siasatan. Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes bunuh dan motif…