Category: Semasa
-
Polis tahan dua lelaki mabuk keluar kata-kata kesat pada anggota polis
POLIS menahan dua lelaki kerana dipercayai mabuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Mutiara Rini di Iskandar Puteri, semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pada awalnya orang awam memaklumkan terdapat sebuah kereta yang mencurigakan kerana diletakkan di tengah jalan pada pukul 8.30 pagi. Beliau berkata…
-
Pegawai operasi didakwa rompak bersenjata, cedera warga emas
SEORANG pegawai operasi sebuah syarikat keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata dan mencederakan dua warga emas. Muhd. Marwan Rohani, 35, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan bersama seorang lagi yang masih bebas mengambil…
-
Tiada logo DAP atas kertas undi, apa nak risau, Ahmad Maslan balas Isham
AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kenyataannya menyeru akar umbi parti agar mengundi calon rakan sekutu, termasuk DAP, sengaja dipolemikkan, malah disalah tafsir. Ahli Parlimen Pontian itu berkata, gesaan itu dibuat supaya pengundi memilih calon daripada parti kerajaan perpaduan, bukan hanya DAP. “Bila berada dalam satu pasukan, kita perlu saling…
-
Ketua sindiket, ahli didakwa edar dadah
KETUA sindiket dadah dan seorang ahlinya didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21 kilogram minggu lepas. S. Genesan, 39, yang kudung tangan kiri dan R. R Pirapagaran, 39, dituduh bersama-sama mengedar dadah seberat 21,069 gram di sebuah rumah di Jalan Jelapang Bayu 6, Puncak Jelapang di sini kira-kira 9 malam, 16…
-
Guan Eng, isteri, dan ahli perniagaan mahu kes rasuah dibuang
BEKAS Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew, dan ahli perniagaan Phang Li Koon mahu tuduhan rasuah terhadap mereka, membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta, dibatalkan. Peguam RSN Rayer memberitahu Mahkamah Tinggi di George Town hari ini, beliau akan memfailkan permohonan supaya kes itu dibuang. Katanya, pihak pendakwaan menggunakan keterangan…
-
Jurukimpal dipenjara 6 bulan buat hantaran jelik terhadap Sultan Perak
SEORANG jurukimpal dikenakan hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas satu pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerusi media sosial, hujung tahun lalu. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh Mohd. Masri Md. Darus, 26, didakwa telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lain…
-
KPD N. Sembilan sita 37,570 liter diesel bersubsidi
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menyita 37,570 liter minyak diesel bersubsidi di sebuah premis terbuka di Kampung Sungai Nipah, Port Dickson, semalam. Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata dalam serbuan menerusi Op Tiris sejak pukul 11.30 pagi Rabu hingga petang semalam itu, pihaknya turut merampas dua lori tangki dengan keseluruhan nilai rampasan…
-
PN perkenal pra slogan ‘Selangor Baharu’ hadapi PRN
PERIKATAN Nasional (PN) Selangor memperkenalkan pra slogan ‘Selangor Baharu’ sebagai tawaran kepada rakyat di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, perkara itu telah dibincangkan parti itu dengan rakan komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Menurut beliau, pihkanya mempunyai dua atau tiga slogan…
-
Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
PIHAK pendakwaan yang mengendalikan empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memohon kepada Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini supaya semua pertuduhan kes berkenaan dibicarakan bersama. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini bahawa mereka…
-
Muhyiddin tiba untuk prosiding kes rasuah RM232.5 juta
TAN Sri Muhyiddin Yassin tenang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi ini untuk menghadiri prosiding sebutan kes melibatkan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram. Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dan Presiden Bersatu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala…