Category: Semasa
-
Bantu ‘along’ tampal, edar poster, 2 lelaki didenda RM3,500
MAHKAMAH Majistret Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda sebanyak RM3,500 ke atas dua lelaki yang mengaku salah menampal poster dan mengedar risalah syarikat pinjaman wang tanpa lesen, minggu lalu. Tertuduh, Woon Wan Pau, 46 dan Tan Hai Liang, 37, pada masa sama diperintahkan Majistret, Mahyun Yusof menjalani hukuman penjara lapan bulan, jika gagal menjelaskan denda…
-
Polis rampas dadah RM1.4 juta di Changlun
POLIS menahan dua lelaki dan merampas heroin base serta pil kuda bernilai RM1.4 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar Changlun, Kedah. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam serbuan pertama pada 11 pagi Jumaat, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang memandu sebuah kereta di…
-
Sultan Mizan titah Kerajaan Terengganu tumpu strategi pulih ekonomi
Oleh MOHD. LAZIM ENDUT KERAJAAN Terengganu diminta merangka beberapa strategi paling berkesan dan komprehensif bagi membantu memulihkan ekonomi negeri yang terjejas ekoran pandemik Covid-19. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, ia penting kerana berdasarkan Indeks Pelopor (IP) pada April lalu, prestasi ekonomi negara dijangka menggalakkan sekiranya kes Covid-19 menurun sejajar dengan pengukuhan permintaan global…
-
Lebih 100 guru Terengganu tolak vaksin
LEBIH 100 guru di Terengganu menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini. Beliau berkata, jumlah itu hanyalah mewakili peratusan kecil keseluruhan jumlah guru yang berkhidmat di negeri ini. “Saya tidak tahu apa alasan mereka tidak mahu terima vaksin. “Cuma permintaan saya supaya mereka ini mempertimbangkan…
-
Lonjakan FDI diluluskan beri isyarat keyakinan pelabur asing – Azmin
LONJAKAN bagi pelaburan langsung asing (FDI) diluluskan Malaysia bagi separuh pertama 2021 yang menokok 223.1 peratus tahun ke tahun memaparkan isyarat keyakinan pelabur asing terhadap iklim ekonomi dan ekosistem perniagaan negara yang stabil dan kondusif. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata prestasi kukuh dan mengagumkan itu adalah…
-
Pekerja maut tersepit ketika bersih jentera ‘spin chiller’
Oleh RAHIMI MOHAMAD SEORANG pekerja am maut dipercayai akibat tersepit pada jentera ‘spin chiller’ di sebuah kilang memproses produk ayam sejuk beku di Jalan Ayer Hitam, Batu Pahat pada Sabtu lalu. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Husdin Che Amat berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi semasa lelaki warga tempatan berusia…
-
Penilaian 100 hari, kerajaan mampu buktikan pencapaian awal
KERAJAAN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi serta tumpuan mencapai sasaran jangka pendek dan panjang. Keyakinan itu disuarakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menyampaikan titah pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.…
-
Harga ayam: KPDNHEP tidak bercadang memperkenalkan kawalan harga tambahan
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak bercadang untuk memperkenalkan kawalan harga tambahan selain yang dilaksanakan ketika musim perayaan besar Malaysia di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP). Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi berkata, bagaimanapun, kementerian tidak teragak-agak untuk melaksanakan kawalan harga jika harga terus meningkat…
-
Tidak wajib ujian Covid-19 untuk ke Langkawi
PENGUNJUNG yang mahu ke Langkawi tidak diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nancy Shukri. Pulau yang terkenal sebagai destinasi pelancongan itu akan dibuka kepada pengunjung lengkap divaksinasi dari semua negeri bermula 16 September ini. Hanya mereka dari kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) sahaja dilarang mengunjunginya. Menurut laporan Bernama, Nancy berkata,…
-
Agong zahir penghargaan kepada Muhyiddin pimpin negara ketika detik sukar
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dan barisan Kabinetnya sepanjang memimpin negara berdepan cabaran getir krisis kesihatan Covid-19. Baginda menegaskan sudah melaksanakan tanggungjawabnya berlandaskan Perlembagaan dan prinsip demokrasi berparlimen dalam membuat pemilihan perdana menteri baharu selepas peletakan jawatan Muhyiddin. “Pada kesempatan ini beta…