Category: Semasa
-
Kes basikal lajak: Kerani dipenjara enam tahun denda RM6,000
MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerani selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lepas. Hakim Datuk Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman penjara ke atas Sam Ke Ting, 27, itu bermula hari ini. Wanita itu…
-
Budak perempuan 4 tahun maut dihempap tiang batu pagar
SEORANG kanak-kanak perempuan yang sedang bermain di luar rumah maut selepas dihempap tiang batu pagar rumahnya di Kampung Bangla, Bukit Nangka, Alor Gajah pada pukul 7 petang semalam. Nur Iman Irdina Abdul Nuur, 4, sedang bermain bersendirian, manakala ibu mangsa sedang menyiapkan juadah berbuka di dapur dan abangnya berada di ruang tamu. Ketua Polis Daerah…
-
Lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara
SEORANG lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai ditikam rakan senegaranya di Jalan Gigih, Seksyen 25 di Shah Alam, Selangor, kelmarin. Seorang saksi yang tinggal di sekitar lokasi terbabit kemudian menghubungi pihak polis. yang tinggal di sekitar lokasi terbabit. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an ditemui…
-
Tujuh individu didakwa miliki kereta mewah hasil kegiatan judi
TUJUH individu termasuk dua wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor hari ini atas tujuh pertuduhan berkaitan kes pengubahan wang haram dalam pengumpulan dan pemilikan harta hasil daripada kegiatan judi haram. Kesemua tertuduh membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Helina Sulaiman. Mengikut kertas pertuduhan,…
-
Tiga lagi banduan larikan diri ditahan, seorang masih bebas
TIGA lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu, pada Ahad lepas ditahan di kawasan semak Jalan Purun, Kuala Klawang, di Negeri Sembilan, malam tadi. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28; Mazlan Samah, 39, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Zainuddin, 62, ditahan pada pukul 10 malam dan…
-
27 tan organ kerbau sejuk beku dari India disita
Oleh WARTAWAN SATU BERITA KIRA-KIRA 27 tan pelbagai organ kerbau sejuk beku dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang Sabtu lalu. Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd. Talib berkata, pihaknya menyita 2,516 kotak mengandungi produk ruminan sejuk beku dari India seberat…
-
1MDB: Rohana setuju pulangkan USD10 juta wang 1MDB
BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan dikatakan secara dasarnya bersetuju menyerahkan semula wang USD10 juta diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc. itu. Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat mendapatkan wang terbabit selepas Rohana bersetuju menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Bhd…
-
Lebihan pendapatan puluhan ribu ringgit dorong Zahid Hamidi tubuh Yayasan Akalbudi
PENUBUHAN Yayasan Akalbudi adalah khusus untuk membuat kerja amal jariah, dan tujuan-tujuan memenuhi tuntutan agama, Mahkamah Tinggi diberitahu pada Rabu. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea berkenaan tercetus sekitar tahun 1990-an berikutan pendapatan yang diterimanya setiap bulan mencecah RM120,000, namun, hanya sebahagian kecil daripada jumlah itu diperuntukkan untuk kegunaan diri…
-
ASP polis, warga emas dituduh lepas 11 OKT kes Macau Scam di Pulau Pinang
Oleh WARTAWAN SATU BERITA SEORANG pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang hari ini atas dakwaan melepaskan 11 suspek warga China berkait kes Macau Scam tahun lalu. Bagaimanapun tertuduh, ASP Mohamad Azrim Abu Bakar, 41, dan S. Muniandy, 62, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan…
-
Pemilik taska didakwa abai kanak-kanak
Oleh RAHIMI MOHAMAD SEORANG wanita yang merupakan pemilik taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Muar hari ini setelah berdepan pertuduhan mengabai dua kanak-kanak lelaki yang berada di bawah jagaannya sehingga berisiko mendatangkan kecederaan, dua bulan lalu. Tertuduh, Khairuzilawati Ruslan, 57, membuat pengakuan terbabit ketika dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan…