Category: Jenayah
-
Langgar SOP:56 pengunjung kelab malam dikompaun RM320,000
POLIS mengeluarkan kompaun keseluruhan berjumlah RM320,000 terhadap 56 pengunjung di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, malam tadi. Tindakan itu dikenakan kerana pengunjung terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, Ops Khas Kontinjen Kuala Lumpur itu dijalankan…
-
[VIDEO] Polis ambil keterangan pemandu lori rempuh kereta parkir di Putrajaya
POLIS sudah mengesan pemandu lori yang didakwa merempuh kenderaan yang diparkir di bahu jalan di kawasan belakang Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya pada Khamis. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada semua pihak yang terlibat. “Apa pun kita akan siasat dahulu untuk dapatkan maklumat punca sebenar kejadian,”…
-
[VIDEO] Lelaki didakwa kes rogol, rompak wanita Myanmar
SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, atas empat pertuduhan termasuk melakukan persetubuhan luar tabii, merogol dan merompak seorang wanita warga Myanmar minggu lalu. Tertuduh, Zul Mazuwan Zul Hilman @ Suresh Kumar, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof. Mengikut pertuduhan pertama iaitu persetubuhan luar…
-
Remaja sedang bekerja maut digilis steamroller
SEORANG remaja lelaki meninggal dunia selepas digilis jentera penggelek beroda ketika bekerja meratakan tar berhampiran lampu isyarat Siong Boon Jalan Johari Sunam, Bintulu, semalam. Semasa kejadian, mangsa, Jeffry Jaya, 17, sedang melakukan kerja penurapan jalan sebelum dilanggar lalu digilis jentera terbabit. Menerut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, pihaknya menerima…
-
Kakitangan stesen televisyen maut kemalangan semasa berbasikal
SEORANG kakitanan di stesen televisyen swasta meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta ketika berbasikal di Cyberjaya, hari ini. Kemalangan mangsa, Jeffry Aziz yang juga pekerja Astro Production Sdn. Bhd. (APSB)itu tular dalam Facebook Cyberjaya Community sejak pagi ini. Mangsa yang dikatakan menunggang basikal sendirian meninggal dunia di tempat kejadian. Berdasarkan gambar tular,…
-
Rokok seludup RM189,200 dirampas dalam rumah
JABATAN Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menahan seorang lelaki dan merampas 94,600 batang rokok seludup bernilai RM189,200 selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Dangar, Pasir Mas, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, suspek, 49, ditahan pada pukul 11 malam selepas dan hasil pemeriksaan…
-
Polis berkas lelaki ambil upah RM150 hantar pil kuda
IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menaham seorang lelaki yang menerima upah sebanyak RM150 bagi setiap penghantaran pil kuda dicekup polis dalam serbuan di sebuah kedai makan di Kampung Tok Bok, Tendong, Pasir Mas, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, menerusi serbuan pukul 11.30 malam itu, polis…
-
Sembunyi rokok, minuman keras seludup dalam kontena terbongkar
SEBUAH kontena di kawasan lapang di Jalan ACC Government Quarters, Kudat yang dijadikan tempat menyimpan ratusan karton rokok dan minuman keras tidak bercukai, terbongkar selepas dua lelaki ditahan hari ini. Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah sebelum itu menahan suspek berusia 29 dan 37 berkenaan dalam Perodua Viva, berhampiran Pasar Besar Kudat. Mereka ditahan dalam operasi…
-
Kanak-kanak 2 tahun maut motosikal ibunya dilanggar lori
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia selepas motosikal ditunggang ibunya dilanggar lori dari arah belakang dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Mawai-Kuala Sedeli, Kota Tinggi, hari ini. Kemalangan pada pukul 11.55 pagi itu melibatkan motosikal Yamaha Legenda 115Z(E) ditunggang ibu mangsa, 21, dan lori jenis Nissan dipandu seorang lelaki, 21,…
-
Jangan sensasikan kejadian bakar senaskah al-Quran
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN POLIS meminta orang ramai tidak mensensasikan atau membuat spekulasi liar berkenaan kejadian senaskah al-Quran yang dibakar di kawasan riadah Tasik Taman Sri Impian, Kluang, semalam. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, perbuatan tersebut hanya akan menimbulkan kegusaran orang ramai. Beliau memberitahu, setakat ini pihaknya sudah menerima enam…