Category: Politik
-
ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yacob keluar Warisan
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob difahamkan keluar meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan). Menurut pegawai medianya, Mazlan Sanoh, Yusof yang juga Ketua Penerangan Warisan mengambil keputusan itu dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan. Mazlan berkata, beliau dijangka akan mengumumkan secara rasmi pada minggu hadapan mengenai perkara itu. “Ya, tadi (keluar…
-
PRU-15:Faizal Azumu kerja kuat lawan Pengerusi PKR Perak
TIMBALAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui perlu bekerja lebih kuat bagi menghadapi Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, ini kerana Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador bukancalang-calang orang.…
-
PKR Johor sasar 28 kerusi DUN pada PRU-15
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Johor menyasarkan sekurang-kurangnya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, 28 daripada 56 kerusi DUN itu sudah dikenal pasti yang semuanya kerusi bersifat campuran berdasarkan pola penduduk berbilang kaum. Ahli Parlimen Ledang…
-
Belajar hidup ikut acuan endemik: KJ
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, rangkaian aktiviti harian sebelum pandemik COVID-19 boleh dilaksanakan menerusi pendekatan berbeza, selari peralihan ke fasa endemik menjelang hujung bulan ini. Ini kerana, katanya kesihatan tubuh badan bukan sekadar tertumpu kepada aspek fizikal, sebaliknya turut merangkumi mental dan rohani. Sehubungan itu, penerapan gaya hidup sihat dengan melakukan rangkaian aktiviti seperti sebelum…
-
Jika terpaksa, Bersatu sedia lawan UMNO – Muhyiddin
PENDIRIAN UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disifatkan sebagai sebuah realiti politik yang harus dihadapi. Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya mengambil maklum mengenai perkara terbabit dan bersedia sekiranya Bersatu terpaksa berhadapan dengan UMNO dalam PRU-15. “Antara keputusan yang dibuat dalam PAU…
-
Tindakan Erwan tidak jejas Bersatu Putrajaya – Hamzah
TINDAKAN bekas Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir memohon untuk kembali menyertai UMNO tidak akan menjejaskan bahagian itu, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata akar umbi dan kepimpinan Bahagian Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan kukuh dan susulan tindakan Erwan, jawatan ketua bahagian itu kini dipangku oleh Timbalan Ketua Bahagian Fathul…
-
Krisis politik Melaka: ‘Setahu saya tiada konkrit’ – Anwar
KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau memohon untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, berhubung spekulasi yang mendakwa kerajaan Melaka bakal tumbang. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata beliau juga tidak menerima sebarang maklumat terperinci mengenai situasi sebenar yang berlaku di negeri itu, termasuk ada gerakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…
-
[VIDEO] Ahmad Maslan bebas: Majlis Presiden PH minta penjelasan Peguam Negara
MAJLIS Presiden Pakatan Harapan hari ini menzahirkan kerisauan terhadap trend kes mahkamah yang melepaskan individu berprofil tinggi, atau penyokong parti pemerintah, hanya dengan memulangkan wang yang diseleweng, atau dengan hanya membayar kompaun. Dalam satu kenyataan hari ini, majlis itu berkata, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun perlu memberi penjelasan, memandangkan keputusan untuk mendakwa atau menarik…
-
Penyelaras di setiap daerah pantau program kemiskinan – PM
SEORANG penyelaras yang berperanan dalam memantau program kemiskinan akan dilantik di peringkat daerah bagi memastikan usaha menangani isu kemiskinan dilaksanakan dengan lebih berkesan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata penyelaras itu akan diletakkan di bawah pegawai daerah, yang mungkin seorang penolong pegawai daerah yang dikhususkan untuk mendapatkan data kemiskinan dan program kemiskinan. Kerajaan, katanya memandang serius…
-
MOU beri impak kerjasama kerajaan, pembangkang
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang menampakkan impak yang baik. Beliau berkata keadaan sekarang kelihatan agak tenang bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam Dewan Rakyat yang sedang bersidang setiap Isnin hingga Khamis. “Di luar lebih tenang tetapi serangan terhadap kerajaan…