Author: Bernama
-
Pesawat ringan tergelincir semasa latihan
SEORANG pelatih yang sedang menjalani latihan penerbangan berdepan detik cemas, apabila pesawat ringan yang dipandunya hilang kawalan semasa mendarat. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar 12.16 tengah hari tadi, di landasan RWY 21 Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam . “Pesawat itu dikendalikan oleh…
-
SPR: Lapan borang pencalonan PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram dibeli
LAPAN borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, di sini dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar, telah dibeli setakat hari ini. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Johor Nor Nekman Jaimon berkata dua set daripada borang pencalonan itu adalah bagi Parlimen Pulai dan enam borang pencalonan lagi melibatkan DUN Simpang Jeram.…
-
Pesawat terhempas di Elmina: Kapal terbang layak terbang – CAAM
PESAWAT yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam di Selangor semalam memiliki semua lesen dan pendaftaran yang sah termasuk sijil kelayakan terbang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Norazman Mahmud. Beliau berkata penerbangan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), yang didaftarkan di luar negara dan menggunakan lesen…
-
Keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation 13 Oktober
MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Okt untuk keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation (NFC) untuk mendapatkan semula RM253.6 juta pembayaran pinjaman dan faedah daripada syarikat itu berhubung projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan. Hakim Anand Ponnudurai menetapkan tarikh itu selepas prosiding klarifikasi kes saman tersebut oleh kedua-dua pihak.…
-
Pesawat terhempas di Elmina: Menantu Presiden JCorp antara mangsa nahas
MENANTU lelaki kepada Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim adalah antara mangsa tragedi nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam. Perkara itu disahkan Johor Corporation (JCorp) dalam perkongsian menerusi Facebook rasmi syarikat itu, namun tidak menyatakan nama mangsa. “Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya…
-
Polis bongkar makmal proses heroin, rampas dadah RM5.78 juta
POLIS membongkar makmal memproses dadah dan menahan dua lelaki tempatan bersama pelbagai jenis bahan terlarang itu bernilai RM5.78 juta dalam siri serbuan di Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata sepasukan polis JSJN Pulau Pinang melancarkan operasi sebelum berjaya menahan…
-
Pesawat terhempas: Operasi pencarian di lokasi 95 peratus selesai – KPN
OPERASI pencarian saki-baki cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat yang terhempas di lokasi kejadian di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini semalam, telah 95 peratus selesai. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika ini, anggota keselamatan sedang melakukan pembersihan terakhir dan mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa di tempat kejadian. “Kita telah…
-
Jet Valet sahkan pesawat terhempas, sedia beri kerjasama
SYARIKAT Jet Valet Sdn Bhd mengesahkan menerima laporan berhubung insiden sebuah pesawat milik syarikat itu yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini. Syarikat pengendali pesawat berkenaan memaklumkan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai insiden itu, dan akan memberi komitmen penuh serta kerjasama dalam siasatan yang akan dijalankan. “Pada masa ini, pihak…