Author: Auzaee Athallah
-
Netizen Indonesia boikot Zinidin & Tri Suaka
GARA-gara memparodikan cara nyanyian penyanyi senior, nama Zinidin Zidan dan Tri Suaka tiba-tiba sahaja meledak naik sehingga mencetuskan perdebatan di seluruh Indonesia. Masakan tidak, mereka berdua yang begitu popular menerusi aplikasi TikTok dikatakan biadab apabila mengajuk dan memparodikan cara nyanyian Andika yang juga merupakan vokalis Kangen Band. Hal tersebut langsung tidak boleh diterima oleh kebanyakan…
-
Ikhtiar terakhir selamatkan Nagaenthran daripada hukuman mati gagal
MAHKAMAH Rayuan Singapura pada Selasa menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya. Dengan keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia berusia 34 tahun itu yang dijadualkan dihukum gantung pada Rabu (27 April) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya bulan lalu.…
-
Lelaki warga Kanada didenda RM800 tunjuk isyarat lucah, tak pakai pelitup muka
Seorang lelaki warga Kanada didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan sebuah pasar raya dan tidak memakai pelitup muka, dua minggu lepas. Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Theberge Travis Lee, 44, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh dipenjara 15…
-
Tiga jenis kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di atas jalan raya
KENDERAAN mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) adalah dilarang penggunaannya di atas jalan berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Moped adalah kenderaan yang dipasang dengan dua atau tiga roda dan dipacu oleh sumber elektrik dengan kelajuannya tidak melebihi 50 kilometer sejam (km/j). PMD…
-
Jamal terkejut Yamani makin kurus
BILA badan terlebih berisi orang mengata, bila kurus pun tetap dikata. Itu juga situasi yang dialami oleh Osama Yamani yang juga merupakan anak sulung kepada Datuk Jamal Abdillah apabila ramai yang tertanya-tanya sebaik sahaja melihat penampilan terbarunya. Sosok tubuh badan yang semakin kurus dan tidak lagi berisi seperti dahulu membuatkan penampilan jejaka yang berusia 21…
-
Elon Musk beli Twitter pada harga AS$44 bilion tunai
BILIONAIR yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk telah menandatangani perjanjian bagi pembelian Twitter Inc dengan bayaran secara tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion). Perkara itu sekaligus bakal menyaksikan pertukaran pemilikan platform media sosial berkenaan. Musk yang menyifatkan dirinya sebagai pendukung kebebasan bersuara, sebelum ini mengkritik pendekatan Twitter bahawa algoritma yang mengutamakan…
-
2,478 kes baharu pada Isnin – KP Kesihatan
SELEPAS lebih tiga bulan, jangkitan harian COVID-19 dalam negara dicatatkan pada Isnin turun ke paras sekitar 2,000 dengan 2,478 kes baharu dilaporkan, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Kali terakhir kes harian COVID-19 merekodkan angka pada paras sekitar 2,000 adalah pada 17 Jan lepas iaitu 2,342. Daripada jumlah itu, 98.71 peratus…
-
[VIDEO] RM18,000 lesap gara-gara iklan My Maid, termasuk duit KWSP
NIAT seorang lelaki untuk mendapatkan servis membersihkan rumah menjadi pengalaman ngeri, apabila ditipu sindiket penipuan sehingga hampir seluruh simpanan di dalam bank miliknya lesap. Muhammad Nor Izzudin Hamzah, 32, langsung tidak menyangka dia sendiri akan menjadi mangsa penipuan meskipun sentiasa berwaspada setiap kali membuat transaksi. Katanya, segalanya bermula apabila dia tertarik dengan satu iklan berbayar…
-
Kerajaan tetap laksanakan gaji minimum 1 Mei
WALAPUN terdapat pelbagai cadangan dan rayuan daripada pelbagai pihak, kerajaan tidak akan menarik balik pelaksanaan gaji minimum pada kadar RM1,500. Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kadar gaji baharu itu tetap akan dilaksanakan pada 1 Mei ini. Menurut beliau, perincian lengkap mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk…