Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bayi lelaki setahun maut dipercayai akibat didera -

Bayi lelaki setahun maut dipercayai akibat didera

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

LAGI kes kanak-kanak maut didera kali ini berlaku di Seberang Jaya, Pulau Pinang melibatkan seorang bayi lelaki warga tempatan yang baru berusia setahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang mendakwa bayi tersebut maut dengan kesan dera kira-kira pukul 7 petang.

Menurut Cheng San, mangsa sebelum itu dibawa ke hospital tersebut oleh seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mendakwa bayi malang itu pengsan dan memerlukan rawatan susulan.

“Suspek bagaimanapun bergegas meninggalkan kawasan hospital tidak lama kemudian.

“Ekoran kejadian tersebut, empat lelaki dan lima wanita warga tempatan yang berusia antara 16 hingga 48 tahun ditahan di sekitar Seberang Perai bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut mendapati, salah seorang daripada suspek yang ditahan itu mempunyai lima rekod jenayah atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Cheng San, kesemua yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk direman dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – SB