Kakitangan awam Kedah dapat bantuan khas RM400

0
156

KERAJAAN Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 Sept ini.

Menteri Besar, Sanusi Md Nor, berkata sejumlah 5,600 kakitangan awam kerajaan negeri akan menerima manfaat itu melibatkan peruntukan kira-kira RM2.08 juta.

“Ada keputusan besar juga diputuskan sebentar tadi iaitu pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam kerajaan negeri.

“(Jadi) kita beri kakitangan awam kerajaan negeri RM400,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco pertama penggal ini di Wisma Darul Aman.

Sementara itu, Sanusi berkata pelantikan 10 exco Kedah baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sangat membantu beliau dalam meneruskan agenda pembangunan serta pentadbiran negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here