‘Guna logo, tema Hari Kebangsaan nasional bukan kita nak ikut PH

0
138

KERAJAAN negeri Kedah akan menggunakan logo serta tema yang sama dengan Kerajaan Pusat menjelang sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tiada isu berbangkit berhubung perkara itu dengan tindakan sedemikian juga langsung tidak bererti yang negeri ini mengikut Pakatan Harapan (PH).

“Sama seperti Terengganu, pendirian kita adalah mengikut kerajaan Persekutuan dengan menggunakan logo serta tema sama. Ini merupakan sambutan di peringkat kebangsaan, jadi negeri ikut sajalah.

“Nak timbulkan perbalahan buat apa? Tindakan ini bukan bermakna kita setuju dengan madani atau Perpaduan… Perpaduankah, Madanikah, ‘hang bubuhlah apa pun tetapi hati kita tetap macam kitalah.

“Yang penting adalah semangat patriotik itu kerana slogan yang sebelum ini pun kita lupa dah. Bukan kita nak ikut PH tetapi oleh kerana dah dijadikan slogan nasional, kita ikut sajalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menempelak pihak yang menggunakan isu berkenaan bagi melaga-lagakan pihak lain.

“Berdosa melagakan orang ini. Jangan jadi ‘Don King’ yang kerjanya melaga-lagakan Muhammad Ali dan Joe Frazier,” katanya lapor Warta Rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here