Pegangan portfolio MB, Exco Kedah ikut keperluan

0
174

Oleh RIZQI ZABIDI

MENTERI Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan mengenai keperluan seorang Menteri Besar atau Exco negeri memegang banyak portfolio.

Menurut Muhammad Sanusi, jumlah exco di Kedah termasuk dirinya selaku Menteri Besar, hanya berjumlah 11 orang dengan mereka memiliki banyak portfolio untuk diselaraskan dengan Kerajaan Persekutuan.

Sedangkan katanya, Kabinet Persekutuan disertai oleh 28 individu dengan mereka turut memegang lebih daripada satu portfolio.

“Kabinet Persekutuan ada 28 orang dan setiap menteri pegang dua atau tiga portfolio.

“Kabinet negeri cuma 11 orang dan setiap Exco akan pegang banyak portfolio untuk diselaraskan dengan kerajaan persekutuan.

“Ada juga struktur dalam Kerajaan Negeri yang tidak wujud di persekutuan dan begitu juga sebaliknya. Faham tak lagi?” soalnya.

Beliau membuat penjelasan tersebut melalui status Facebook dimuat naik, hari ini.

Sejak semalam, beberapa pihak menjadikan pelantikan Exco Kedah sebagai modal politik dengan mengkritik tindakan Muhammad Sanusi memegang lapan portfolio dalam pentadbiran negeri.

Lapan portfolio di bawah tanggungjawab Muhammad Sanusi adalah Perancang Negeri; Hasil Bumi; Kewangan; Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC); Majlis Tindakan Ekonomi Negeri; Pembangunan Kedah 2035; Kerjasama Luar serta Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here